• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Semula Tugas Penjawat Awam – KPPA

oleh AK-47
23/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Deskripsi tugas penjawat awam perlu disemak semula untuk menangani isu rasuah dan integriti dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata apabila seseorang kakitangan awam diambil bekerja, mereka perlu memenuhi kriteria, termasuk kelayakan fizikal dan akademik serta perwatakan.

Beliau berkata, perkhidmatan awam juga sentiasa menanam nilai baik dalam kalangan penjawat awam, melalui kursus serta latihan semula.

Atas sebab itu, katanya, penjawat awam sentiasa diingatkan supaya patuh dengan peraturan sedia ada.

“Saya setuju untuk disemak semula deskripsi tugas penjawat awam. Mungkin pekeliling yang nak dikuatkuasakan itu perlu diubah kerana tidak relevan lagi.

“Jadi, kita kurangkan punca berlakunya rasuah itu sendiri,” katanya pada sidang media selepas perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Nasional (GIACC), Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan.

Mohd Shafiq, yang mewakili Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata teknologi boleh digunakan sebagai antara cara untuk mengurangkan perbuatan rasuah dalam kalangan penguatkuasa jabatan dan agensi.

-Berita Harian

Tags: KPPAPenjawat AwamSemak SemulaTugas Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd