• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Letak Syarat Akhiri Perang

oleh AK-47
09/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Rusia mengumumkan senarai tiga tuntutan utama ke atas Ukraine sekiranya Kiev mahu Moscow menamatkan perang dengan segera, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menegaskan, Moscow mahu Ukraine menamatkan tindakan ketenteraan, mengubah perlembagaan untuk menjadi negara neutral, mengiktiraf Semenanjung Crimea sebagai milik Rusia dan menyerahkan wilayah Luhansk serta Donetsk.

Kata Peskov, Rusia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan dengan segera sekiranya Kiev memenuhi semua tuntutan tersebut. Menurutnya, Moscow tidak akan menuntut mana-mana wilayah lain di Ukraine.

“Kami benar-benar ingin menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine, kami akan menamatkannya. Bagaimanapun, perkara utama yang perlu dilakukan adalah Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya.

“Kiev perlu menghentikan tindakan ketenteraan dan tiada sesiapa akan ditembak. Ukraine juga perlu meminda perlembagaan bagi menolak sebarang usaha untuk memasuki mana-mana blok khususnya Pertubuhan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara.

“Kami juga menjelaskan bahawa Ukraine perlu mengiktiraf Crimea sebagai hak Rusia selain memperakui Donetsk dan Lugansk adalah negara bebas lagi merdeka. Itu sahaja, dan peperangan akan segera dihentikan,” tegas Peskov.

Bulan lalu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menolak tuntutan wilayah oleh Rusia kerana mendakwa ketiga-tiganya milik negara itu.

“Donbas dan Crimea akan kembali kepada Ukraine, secara eksklusif menerusi diplomasi. Kami tidak akan mengambil apa yang bukan hak milik kami dan juga tidak akan menyerahkan tanah air kami,” kata Zelenskyy.

Beliau dalam satu ucapan yang disiarkan televisyen tempatan kelmarin berikrar untuk membunuh sesiapa sahaja yang menembak orang awam. Ikrar itu disuarakan susulan imej menunjukkan mayat sebuah keluarga yang mati di tepi jalan ketika cuba menyelamatkan diri daripada serangan bom di bandar Irpin.

“Seorang lelaki, wanita dan dua kanak-kanak, di tepi jalan, ketika mereka cuba keluar dari bandar untuk menyelamatkan diri.

“Seluruh keluarga (mati). Berapa banyak lagi keluarga telah terbunuh di Ukraine! Kami tidak akan memaafkan dan melupakannya.

“Kami akan menghukum setiap orang yang bertanggungjawab dalam peperangan ini, di tanah kami. Kami akan memburu mereka. Tiada tempat lain di Bumi ini untuk anda melainkan lubang kubur,” tegasnya.

-Kosmo Online

Tags: Akhiri PerangKrisis Rusia-UkraineRusiasyarat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd