• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Digilis Kereta

oleh AK-47
13/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN: Seorang remaja maut selepas digilis sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 365.4, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat Bukit Besi, di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 11.30 pagi itu, Muhammad Rasul Mustaqim Azlee Allvin, 17, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata ketika kejadian, mangsa bersama dua sahabatnya dikatakan sedang menunda sebuah motosikal rakannya yang rosak.

“Mangsa ketika itu berada di sebelah kanan dalam keadaan menunda motosikal rakannya sebelum motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas.

“Berikutan itu, mangsa dikatakan tercampak ke lorong sebelah kanan jalan dan pada masa sama, sebuah kereta dari arah sama gagal mengelak lalu mengilis mangsa,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dari arah Kuala Terengganu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Timun, Negeri Sembilan.

Katanya, mangsa yang parah di keseluruhan badan dikejarkan ke Hospital Dungun, namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari.

“Pemandu kereta berusia 30 tahun, beralamat di Kota Tinggi Johor dan bertugas sebagai jurutera, tidak cedera,” katanya.s

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BHonline-

Tags: digilis keretamautremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd