• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ratusan Jaket Kalis Peluru Untuk Ukraine Dicuri

oleh AK-47
19/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di New York menyatakan bahawa beratus-ratus jaket kalis peluru miliknya dicuri selepas didermakan oleh pihak polis untuk kegunaan Ukraine dalam menentang pencerobohan Rusia, kata polis dan organisasi tersebut kelmarin.

“Kecurian berlaku di ibu pejabat Jawatankuasa Kongres Ukraine Amerika (UCCA) di mana polis tiba pada Rabu lepas dan mendapati bahawa sebanyak 400 jaket kalis peluru telah hilang.

“Tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih berjalan,” kata jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), Leftenan Jessica McRorie.

Seorang jurucakap UCCA pula berkata, sebanyak 300 jaket kalis peluru iaitu jumlah yang lebih kecil daripada dinyatakan oleh polis, hilang dari ibu pejabat pertubuhan itu di Manhattan, New York.

“Kami tidak tahu bagaimana kecurian ini boleh berlaku atau siapa yang melakukannya,” katanya kepada agensi berita AFP

Jaket terpakai itu didermakan oleh pasukan polis di Long Island, New York dan sepatutnya dihantar kepada pekerja-pekerja bantuan dengan menggunakan trak ke seluruh Ukraine.

UCCA menyatakan bahawa pihaknya menyelia berpuluh-puluh kumpulan Ukraine-Amerika di Amerika Syarikat. AS menjadi tempat tinggal antara 1.2 juta hingga 1.5 juta penduduk berketurunan Ukraine.

Sejak pencerobohan Rusia bermula tiga minggu lalu, banyak organisasi AS telah bergerak untuk membantu mengumpulkan dana dan menghantar makanan, pakaian, ubat serta barang ketenteraan tidak membunuh seperti topi keledar dan jaket kalis peluru ke negara Eropah Timur tersebut.

-Kosmo Online

Tags: dicuriJaket Kalis PeluruKrisis Rusia-Ukaine
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahu 30 Peratus Kuota Calon Wanita Dalam Semua Pilihan Raya

Next Post

Kelantan Benarkan Operasi Bazar, Madinah Ramadan

Related Posts

Penutup Lubang Dicuri Punca Van Sekolah Terbabas, Terbalik

Penutup Lubang Dicuri Punca Van Sekolah Terbabas, Terbalik

18/07/2025
0

JOHOR BAHRU: Lubang 'manhole' terbuka yang mengakibatkan kemalangan van sekolah di Jalan Abdul Samad, pagi tadi, dipercayai akibat cubaan mencuri...

Bot Kastam Perlis Dicuri Penyeludup, Dilarikan Ke Thailand

Bot Kastam Perlis Dicuri Penyeludup, Dilarikan Ke Thailand

23/01/2025
0

KANGAR: Sindiket penyeludup sempadan Malaysia-Thailand dilihat semakin berani mencabar undang-undang, apabila melarikan sebuah bot milik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)...

Next Post

Kelantan Benarkan Operasi Bazar, Madinah Ramadan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd