Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Mnangagwa Sah Presiden Zimbabwe

HARARE - Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, yang juga bekas sekutu Robet Mugabe diisytiharkan...

Gajah Liar Jantan Hutan...

SETIU - Seekor gajah jantan liar berusia 10 tahun yang berkeliaran merosakkan tanaman...

Dua Lelaki Ditahan Bersama...

GEORGE TOWN - Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas dadah...

Futsal AFF Ditunda Ke...

KUALA LUMPUR - Kejohanan Futsal Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2016 yang sepatutnya...

Putin Pilih 9 Mei Tamatkan Perang?

MOSCOW : Presiden Rusia, Vladimir Putin dilaporkan sudah memilih tarikh untuk ‘menamatkan’ perang di Ukraine.

Perkara itu didedahkan oleh pegawai di Kyiv yang mendakwa tarikh 9 Mei depan dipilih kerana menyamai tarikh Rusia menewaskan tentera Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

Pegawai Am Angkatan Tentera Ukraine berkata, idea peperangan mesti diselesaikan sebelum 9 Mei 2022 yang merupakan propaganda Rusia.

“Maklumat tersebut diterima daripada anggota tentera Rusia.

“Kita juga dapati institusi perubatan Rusia yang ditubuhkan di wilayah berdekatan sempadan Ukraine diduduki oleh anggota tentera Persekutuan Rusia yang cedera yang mengambil bahagian dalam perang menentang Ukraine dan menemui unit pasukan pertahanan dalam pertempuran,” tulisnya dalam Facebook.

Setiap tahun, Rusia akan mengadakan hari perarakan di Red Square sempena menyambut kemenangan besar menewaskan tentera Nazi Jerman, semasa Perang Dunia Kedua pada tarikh itu.

Menurut Angkatan Bersenjata Ukraine, tentera Rusia menghadapi kesukaran besar di bandar-bandar Ukraine kerana tidak mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.

Katanya, sebuah briged Rusia di Crimea mengadakan upacara penghormatan kepada 100 anggota unit tentera yang terkorban.


Jelasnya, upacara serupa juga dapat dilihat di bandar Sevastopol apabila tentera marin dalam armada Laut Hitam terbunuh.

“Pihak musuh sedang mengambil langkah untuk memperbaharui keupayaan tempur unit tentera udara yang mengalami kerugian kritikal tenaga manusia dan peralatan ketenteraan.

“Tentera Rusia juga didakwa menubuhkan ‘kem penapisan’ di Dokuchaivsk, wilayah di Donetsk untuk orang awam yang cuba melarikan diri dari bandar Mariupol yang terkepung,” katanya.

Orang ramai juga dikatakan terpaksa mengosongkan kawasan Kreminna dan Rubizhne sebelum dihantar pulang ke wilayah Voronezh.

Traktor juga dirampas daripada petani di wilayah Chernihiv, manakala tentera Ukraine melancarkan tembakan artileri ke atas rejimen kereta kebal Rusia di wilayah Kharkiv.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori