• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prasarana Siasat Video Kakitangan Pukul Orang Awam

oleh AK-47
30/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjalankan siasatan dalaman berhubung video tular memaparkan seorang lelaki berpakaian seragam syarikat itu memukul orang awam di sebuah kedai serbaneka semalam.

Prasarana dalam kenyataan memaklumkan pihaknya masih mengenal pasti tarikh, masa dan lokasi kejadian.

“Kami memandang serius dakwaan bahawa si pemukul adalah kakitangan Prasarana berdasarkan pakaian seragam yang dipakai di dalam video berkenaan.

“Dipercayai kejadian berlaku apabila mangsa ditangkap dan dituduh mengambil makanan tanpa membayar di kedai serbaneka tersebut.

“Bagaimanapun, tingkah laku si pemukul adalah bertentangan dengan kod etika kerja Prasarana. Dalam apa jua situasi, sekiranya memerlukan bantuan lanjut, ia sepatutnya dipanjangkan kepada pihak berkuasa,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Klip video pendek kejadian itu mula tular di media sosial petang semalam, menunjukkan dua lelaki – salah seorangnya memakai seragam polis bantuan yang tertera logo Prasana- memarahi seorang individu kerana didakwa mencuri dua cawan mi segera di sebuah kedai 7-Eleven.

Dalam rakaman itu, salah seorang lelaki berpakaian seragam merah bertulisan “www.myrapid.com.my” turut meminta individu tersebut membayar dua cawan mi segera itu sebelum memukulnya.

7-11 Take persons. Expose the perpetrators. Do you dare hit the leader who stole the people’s money? Not brave but you dare hit the person who stole the food. Make a report of causing injury to someone. pic.twitter.com/jslq622IvO

— Dominic Damian JAN 1513 (@jan_1513) March 29, 2022
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata pihak polis telah mula mengesan individu yang terlibat selepas klip video itu tular di media sosial semalam.

Katanya, pihaknya telah merekodkan keterangan daripada empat saksi setakat ini dan memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis memberi amaran keras agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Prasaranapukulsiasat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

Polis Siasat Insiden Lelaki Meluru Ke Arah Kereta Sedang Bergerak

02/01/2026
0

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang...

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

JAWI Diarah Siasat Isu Lelaki Berpakaian Menyerupai Wanita

25/12/2025
0

Putrajaya: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd