Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Zahirah Diamkan Diri, Zul...

BERDIAM diri tak bermaksud bersalah. Tapi kadang kala, diam itu lebih baik daripada...

Australia Tempah Slot Final...

IPOH - Juara bertahan Australia menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat ke final...

Sindiket Proses Pil Ekstasi...

SHAH ALAM - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses pil ekstasi terbesar di...

Abu Hassan Din Dilarang...

JOHOR BAHRU - Tokoh agamawan tanah air, Datuk Abu Hassan Din dilarang untuk...

Polis Kelantan Perketat Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand Menjelang 1 April

PASIR MAS: Polis Kelantan mengerahkan lebih 500 anggotanya untuk memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri itu menjelang pembukaan semula sempadan negara pada 1 April depan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata anggota Pasukan Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am turut ditugaskan termasuk melakukan rondaan di 92 pangkalan haram yang terdapat di sekitar kawasan sempadan negara.

“Tugasan rondaan memberi fokus kepada pencegahan penularan COVID-19 dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Kami menjangkakan berlakunya pertambahan pergerakan keluar dan masuk sempadan.

“Polis Kelantan bersiap siaga dengan segala kemungkinan termasuk mengekang aktiviti penyeludupan melalui darat atau air, ” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir bagi Program ‘Tangan Bersalaman’ di Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh dekat Rantau Panjang hari ini.


Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini.

Langkah itu selari dengan perancangan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik yang akan merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan setelah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori