• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLSB Sungai Golok Gagal Berfungsi Punca Banjir Di Kelantan

oleh AK-47
30/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa kejadian banjir besar yang melanda beberapa buah kampung di daerah Rantau Panjang, Kelantan berpunca daripada projek tebatan banjir yang gagal berfungsi dengan berkesan.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, sejak projek Fasa Satu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok dibina, sudah dua kali banjir besar melanda lima buah kampung di kawasan terbabit.

Menurutnya, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Tersang, Kampung Gual To’ Deh, Kampung Gual Periok, Kampung Padang Licin dan Kampung Kusar.

“CAP merasa hairan bagaimana projek yang bermatlamat untuk mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan berlaku sebaliknya sehingga mengancam kehidupan penduduk tempatan.

“Masalah ini didakwa berlaku berpunca daripada projek tebatan banjir yang dibina sejauh 30 kilometer dari Tok Uban ke Lancang itu tidak mempunyai pintu air kecemasan.

“Akibatnya bila hujan lebat, air tidak dapat mengalir ke Sungai Golok dan melimpah masuk ke kampung tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohideen berkata, akibat kejadian itu banyak harta benda penduduk yang terlibat telah musnah manakala beberapa kawasan yang sebelum ini tidak pernah berlaku banjir turut dilanda bencana itu.

Beliau berkata, baru-baru ini seramai 150 penduduk sekitar Rantau Panjang telah mengadakan protes membantah kejadian yang berlaku.

“CAP yang bersimpati dengan penduduk di sini menggesa kerajaan Kelantan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut dan berharap kejadian seumpama ini tidak berulang.

“Kita percaya jika keadaan ini berlarutan kehidupan penduduk-penduduk di kawasan itu akan terancam dengan lebih teruk lagi pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohideen berpendapat adalah perlu bagi pihak kerajaan berbincang dengan penduduk tempatan terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap sesuatu projek yang dirancang.

Tambahnya, CAP juga mencadangkan supaya kerajaan Kelantan membayar pampasan kepada penduduk yang mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda kerana masalah ini.

-Sinar Harian

Tags: BanjirgagalKelantanPLSB Sungai Golok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

Politik ‘Penyatuan Ummah’ Tidak Akan Berjaya, Pasti Gagal – Amirudin Shari

24/07/2026
0

SEREMBAN - Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari yakin politik ‘penyatuan ummah’ yang sedang cuba digerakkan...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd