• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit COVID-19 Lari Dari Hospital Maut Kemalangan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU: Seorang warga emas berusia 66 tahun yang juga pesakit COVID-19 ditemui meninggal dunia di kawasan berumput di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Berang, di sini, hari ini.

Mayat Kassim Abdullah dari Kampung Kuala Jenerih, ditemui orang awam dipercayai meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di susur keluar sebuah kilang berhampiran lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berjaya melarikan diri dari Hospital Hulu Terengganu (HHT) di sini.

“Mangsa adalah pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di hospital itu dan dikesan keluar daripada kawasan hospital menggunakan motosikal Honda C100 milik kakitangan hospital yang di parkir di kawasan surau hospital,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikesan melarikan diri menghala ke Pekan Wakaf Tapai secara melawan arus dan sebaik tiba di persimpangan Bukit Perpat, motosikal ditunggangi secara tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik HHT untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

BHonline-

Tags: kemalanganmautpesakit COVID-19
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd