• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Mabuk Punca 11 Cedera Restoran Dirempuh

oleh Mohd Arshad
21/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara pemandu mabuk, 11 individu termasuk lapan pelanggan restoran yang sedang menikmati makanan cedera dirempuh kenderaan dalam kejadian kawasan restoran berkenaan di Jalan Klang Lama di sini pada Ahad.

Kemalangan kira-kira jam 9.30 malam melibatkan tiga kenderaan itu dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V yang gagal mengawal kenderaan dipandunya kerana mabuk.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu Honda HR-V berumur 57 tahun itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya, lalu merempuh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 57 tahun itu memandu Honda HR-V dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar.

“Kenderaan dipandunya hilang kawalan dan melanggar sebuah kenderaan jenis Lexus 2.5 yang berada bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran tersebut, Lexus 2.5 itu kemudiannya melanggar sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia yang diparkir di hadapannya sekali gus merempuh lapan pelanggan yang sedang makan serta dua pejalan kaki di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, akibat kejadian itu, 11 individu termasuk pemandu Lexus 2.5 mengalami kecederaan.

“Pemandu Lexus 2.5, lapan pelanggan restoran dan dua pejalan kaki yang cedera menerima rawatan Hospital Besar Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, saringan awal kandungan alkohol dijalankan mendapati had kandungan alkohol di dalam badan pemandu Honda HR-V melebihi had yang ditetapkan.

“Suspek kemudian ditahan dan direman untuk siasatan lanjut.

“Kes diklasifiasikan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana Balai Polis berhampiran.

-Sinar Harian

Tags: pemandu mabukRestoran Dirempuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd