• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Subkontraktor DBKL Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

oleh AK-47
12/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang petugas subkontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang memotong pokok di pembahagi jalan di Jalan Kuching di sini maut selepas dilanggar seorang pemandu mabuk pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3.15 pagi berhampiran Bulatan Kepong di sini.

Menurutnya, pemandu lelaki berusia 24 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Sienta cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan orang awam berhampiran kawasan Taman Wahyu di sini.

“Siasatan awal mendapati suspek dari arah pusat bandar sampai di lokasi kejadian telah mengubah laluan ke kanan lalu melanggar kon dan lori serta seorang subkontraktor DBKL yang sedang melakukan kerja pemotongan pokok kecil di pembahagi jalan.

“Mangsa berumur 74 tahun mengalami cedera parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

“Ujian alkohol telah dijalankan terhadap pemandu dan kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian,” ujarnya.

SinarHarian-

Tags: mautPekerja Subkontraktor DBKLpemandu mabuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd