• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBB Kesal Vaksin Tidak Diagih Secara Saksama

oleh Mohd Arshad
09/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMERIKA SYARIKAT: Biarpun sudah melanda dunia lebih dua tahun, pandemik COVID-19 belum berakhir dan mungkin berlarutan lagi berikutan pengagihan vaksin yang ‘tidak sama rata’, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Antonio Guterres dalam satu kenyataan memperingati ulang tahun kedua kesihatan global berkata, sehingga kini 446 juta kes dengan enam juta kematian dilaporkan.

“Ia adalah satu angka kematian yang paling tragis yang menjejaskan kesihatan ramai dan mengakibatkan kehilangan berjuta-juta nyawa dengan lebih 446 juta kes di seluruh dunia serta enam juta kematian disahkan, selain jumlah yang tidak terkira mereka yang bergelut dengan kesihatan mental yang semakin teruk.

“Begitupun, kita berterima kasih di atas langkah kesihatan awam yang tidak pernah berlaku sebelum ini di samping pembangunan dan pengagihan vaksin yang sangat pesat, dengan kebanyakan bahagian dunia berjaya mengawal pandemik ini,” katanya.

Namun, pada masa sama, beliau menyifatkan, ia sesuatu kesilapan besar untuk mengandaikan pandemik COVID-19 sudah tamat.

Guterres menegaskan, pengagihan vaksin adalah kekal tidak sama rata.

“Walaupun 1.5 bilion dos vaksin dihasilkan setiap bulan, masih ada tiga bilion orang menunggu suntikan pertama mereka.

“Kegagalan ini adalah akibat langsung daripada keputusan dasar dan belanjawan yang mengutamakan kesihatan orang di negara kaya berbanding kesihatan orang di negara miskin,” katanya.

Katanya lagi, pemulihan dua peringkat itu adalah ‘resipi untuk lebih banyak variasi, lebih banyak penutupan dan lebih banyak kesedihan dan pengorbanan di setiap negara.

“Kenyataan itu diakhiri dengan seluruh dunia digesa untuk ‘mendedikasikan semangat untuk menamatkan pandemik ini serta mengakhiri peristiwa menyedihkan dalam sejarah manusia, sekali dan untuk selamanya.

BHonline-

Tags: Antonio GuterresCovid-19PBBvaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd