• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Selamat Mangsa Runtuhan Kuari Tergendala

oleh AK-47
14/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa runtuhan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini, yang masih tertimbus dan memasuki hari ketujuh, dihentikan lagi seketika berikutan terdapat runtuhan kecil.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata runtuhan kecil batuan di kawasan itu dikesan kira-kira jam 10.35 pagi tadi menyebabkan kerja pengalihan batu terpaksa dihentikan seketika.

“Pasukan penyelamat masih dalam skop kerja pemerhatian dan keselamatan bagi kerja pengalihan batu oleh syarikat kuari.

“Jarak laluan untuk ke lokasi tepat mangsa tertimbus dianggarkan kira-kira 20 meter untuk sampai,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Sebelum ini, Timbalan Komander Operasi JBPM Perak, Aidil Adlee Che Mee, dilaporkan berkata, kerja pengalihan bongkah batu untuk mengesan kedudukan dua mangsa tertimbus berkenaan dijangka selesai 70 peratus kelmarin, namun ia turut bergantung kepada faktor cuaca.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi 8 Mac lalu, dua mangsa yang dipercayai masih tertimbus dikenal pasti sebagai Itam Balasoh, 43 dan Kheow Loo Siew Soon, 49.

Sebelum ini, runtuhan kecil turut dilaporkan berlaku di kawasan kejadian pada hari ketiga operasi SAR iaitu pada 10 Mac lalu.

-Berita Harian

Tags: Operasi SelamatOperasi Selamat Mangsa Runtuhan KuariRuntuhan KuariTergendala
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: Operasi Perkhidmatan Tren KTM Intercity Tergendala

Banjir: Operasi Perkhidmatan Tren KTM Intercity Tergendala

20/12/2022
0

PETALING JAYA – Laluan kereta api bagi laluan Tumpat ke Tanah Merah ditutup sementara bagi perkhidmatan tren sektor Pantai Timur...

Runtuhan kuari:Bomba, PDRM Bincang Sama Ada Teruskan Operasi Atau Tidak

26/04/2022
0

Ipoh : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd