• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz Mulakan Tugas

oleh AK-47
16/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI : Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Johor ke-19, pagi ini.

Beliau yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, tiba di Bangunan Dato Jaafar Muhammad pada jam 10 pagi dengan disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salehuddin Hassan.

Upacara ringkas dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.

Onn Hafiz kemudian menandatangani perakuan memulakan tugas rasminya di pejabat Menteri Besar.

Cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kira-kira jam 3 petang semalam.

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

-Berita Harian

Tags: MB JohorOnn HafizTugas Rasmi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Gesa RUU Anti Lompat Parti Diluluskan Dalam Sidang Parlimen

Next Post

Siren Amaran Tsunami Diuji Di Besut, Polis Minta Penduduk Tidak Panik

Related Posts

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

Kasino Di Forest City Fitnah, Berniat Jahat – MB Johor

13/05/2024
0

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan bahawa dakwaan mengenai cadangan pembinaan kasino di Forest City di Iskandar Puteri...

UMNO Johor Sokong Penuh Onn Hafiz Terus Jadi MB

UMNO Johor Sokong Penuh Onn Hafiz Terus Jadi MB

01/04/2023
0

JOHOR BAHRU : UMNO Johor menzahirkan sokongan penuh kepada kepemimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar. Ikuti Mynewshub: Telegram Pengerusi...

Next Post

Siren Amaran Tsunami Diuji Di Besut, Polis Minta Penduduk Tidak Panik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd