• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NATO Tambah Tentera Berdekatan Ukraine

oleh Mohd Arshad
25/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengumumkan penambahan tentera di negara berhampiran Ukraine sebagai sokongan.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, berkata perikatan tentera itu akan membantu Ukraine untuk bersedia menghadapi kemungkinan ancaman kimia, biologi dan juga nuklear susulan pencerobohan Russia.

Pengumuman dibuat beberapa jam sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mendarat di Eropah untuk menghadiri satu sesi strategi luar biasa dengan perikatan itu, yang diwujudkan pada 1949 untuk membendung kuasa Soviet Union.

Amaran itu menekankan usaha untuk menghalang konflik di Ukraine daripada merebak di luar sempadan negara itu, sekali gus menimbulkan risiko NATO bertembung secara langsung dengan Russia.

Kemungkinan Russia menggunakan senjata pemusnah besar-besaran juga mencerminkan kegagalan tentera Russia untuk mencapai kejayaan yang diharapkan setakat ini akibat tentangan kuat pasukan Ukraine.

Mesyuarat NATO yang membabitkan Biden dijadual bermula semalam dan disusuli dengan sesi bersama rakan sejawatan daripada kuasa perindustrian Kumpulan 7 (G7), dan kemudian dengan Kesatuan Eropah (EU).

Perbincangan itu dijangka mempertimbangkan cara untuk mengetatkan lagi sekatan ekonomi Barat ke atas Russia yang bertujuan mendesak presidennya, Vladimir Putin, untuk menghentikan perang di Ukraine.

Sekatan ketat itu, yang menjatuhkan nilai mata wang Russia dan mula menyebabkan kekurangan bekalan yang teruk di Russia, menghapuskan integrasi kewangannya dengan dunia selama beberapa dekad, dalam tempoh beberapa minggu saja.

Biden dijangka mahu menguatkan sekutu Baratnya dengan kemungkinan konflik Ukraine berlarutan selama berbulan atau bertahun, yang memerlukan komitmen jangka panjang terhadap konfrontasi ekonomi dan ketenteraan, kata pegawai AS.

Namun, penduduk Eropah tidak mahu mengikut jejak AS dalam menghentikan pembelian minyak dan gas Russia, yang jauh lebih kritikal kepada ekonomi mereka.

NATO dan EU setakat ini terbukti sangat bersatu dalam usaha untuk menjadikan Russia sebagai negara terpinggir selain membantu pasukan pertahanan Ukraine untuk menggagalkan kemaraan tentera Russia di negara itu.

Selain itu, Russia mungkin mengalami lebih banyak kehilangan jiwa daripada yang dianggarkan sebelum ini, menurut seorang pegawai kanan tentera NATO, yang mendakwa 7,000 hingga 15,000 askar Russia terbunuh di Ukraine sejak sebulan lalu.

Angka itu lebih tinggi daripada anggaran yang diberikan Pentagon sebelumnya iaitu 7,000.

Di sebalik kekecewaan Russia di Ukraine setakat ini, Putin tidak menunjukkan sebarang tanda berundur dalam kempennya untuk menakluki bekas republik Soviet itu.

Pengeboman dan bedilan yang meratakan semua atau sebahagian daripada bandar di Ukraine menyebabkan 24 peratus penduduk kehilangan tempat tinggal selain mewujudkan krisis pelarian terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Mencerminkan kebimbangan yang meningkat terhadap rancangan Putin, Stoltenberg berkata NATO menggandakan kumpulan pertempurannya kepada lapan di sepanjang sempadan timurnya.

Beliau berkata, empat unit sedia tempur tambahan bersaiz batalion, biasanya mempunyai beberapa ratus tentera setiap satu, ditempatkan di Bulgaria, Hungary, Romania dan Slovakia.

“Semua ini tindak balas segera terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine,” kata Encik Stoltenberg, sambil menambah bahawa pasukan itu akan kekal di sana ‘selagi perlu’.

Beliau juga memberi amaran bahawa penggunaan senjata kimia atau biologi boleh memberi kesan secara langsung kepada anggota NATO yang berjiran dengan Ukraine.

Stoltenberg berkata sekutu NATO juga akan menawarkan bantuan kepada Ukraine untuk mengurangkan serangan sedemikian.

BHonline-

Tags: NATOpenambahan tenteraUkraine
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Memandu Mabuk, Lelaki Dipenjara 4 Tahun, Denda RM15,000

Next Post

300 Dipercayai Maut Dalam Serangan Teater Di Mariupol

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

Tular Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine, Ahli Keluarga Enggan Komen

Tular Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine, Ahli Keluarga Enggan Komen

31/10/2024
0

KANGAR - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan individu yang dikenal pasti sebagai tentera upahan asing di Ukraine...

Next Post

300 Dipercayai Maut Dalam Serangan Teater Di Mariupol

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd