• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Didakwa Salah Guna Proses Mahkamah

oleh AK-47
01/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri (tidak dinyatakan nama secara spesifik) adalah satu tindakan salah guna proses mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib dalam afidavit jawapan yang difailkan 4 Februari lalu turut menyatakan tindakan yang diambil Ahli Parlimen Pekan itu adalah serangan sampingan (collateral damage) yang dibuat melalui bidang kuasa mahkamah yang berbeza.

“Berhubung sikap berat sebelah membabitkan Peguam Negara (ketika itu), Tan Sri Tommy Thomas mendakwanya dan campur tangan dalam siasatan, saya menegaskan bahawasanya, pernyataan-pernyataan tersebut sekiranya relevan, sewajarnya dibangkitkan dalam perbicaraan kes-kes jenayah terhadap plaintif (Najib).

“Saya juga menegaskan tindakan plaintif membangkitkan perkara tersebut dalam prosiding ini merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah,”kata Ahmad Akram.

Tambah timbalan pendakwa raya itu berkata, dakwaan Najib bahawa terdapat perkembangan baharu dalam skandal penyelewengan dana 1MDB, perlu dibangkitkan dalam perbicaraan jenayah dan bukannya melalui saman.

Najib yang memfailkan saman pada 22 Oktober 2021 terhadap Tommy dan kerajaan, berkata 35 tuduhan dikenakan terhadapnya, kecuali pertuduhan membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, adalah sesuatu yang sudah lama dirancang Tommy.

Menurut pernyataan tuntutan, Najib mendakwa Tommy telah melakukan misfeasans (gagal melaksanakan tugas dengan betul) dan penyalahgunaan proses dengan niat jahat (malicious process) dan cuai ketika menjadi Peguam Negara.

Jelas Ahli Parlimen Pekan itu, Tommy telah bersikap prejudis terhadapnya sebelum beliau didakwa di mahkamah.

Akibatnya, Najib mendakwa beliau hilang reputasi sebagai ahli politik, hilang kebebasan semasa disiasat pihak berkuasa dan turut mengalami kesakitan, penderitaan serta trauma.

Oleh itu, Najib memohon deklarasi bahawa Tommy telah melakukan misfeasans serta ganti rugi am, teladan dan tambahan yang akan ditaksirkan kemudian oleh mahkamah.

Beliau juga menuntut ganti rugi sebanyak RM1,941,988 iaitu kos-kos yang terpaksa ditanggung akibat pendakwaan tersebut seperti bayaran rundingan pasukan audit untuk melakukan semakan dokumentasi dan kos yang terpaksa dibazirkan kerana tidak dapat ke luar negara akibat syarat jaminan yang dikenakan terhadapnya.

Pada November 2021, Tommy dan kerajaan Malaysia memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut atas alasan saman tersebut adalah sesuatu yang mengaibkan, remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Mereka juga mendakwa Najib juga tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah dan merupakan satu tindakan yang tidak boleh dikekalkan (obviously unsustainable) atau dipertahankan.

-Utusan Online

Tags: DidakwamahkamahnajibProses MahkamahSalah Guna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

Tiba-Tiba Rindu 1Malaysia, Perpaduan Dan Keharmonian

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub ISU binaan haram semakin panas. Bukan sekadar debat di media sosial, tetapi sudah sampai tahap dua individu diserang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd