• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muda Pindah Pusat Operasi Di Larkin Lepas Pertikaian Dengan GLC

oleh AK-47
11/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Muda telah memindahkan pusat operasi pilihan rayanya di Larkin selepas sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Johor meminta mereka mengosongkan premis sebelum ini.

Ketika dihubungi, ketua perhubungan media Muda Leben Siddarth mengesahkan langkah itu baru-baru ini.

“Ya, kami tidak mahu perhatian tidak diingini mengenai perkara ini, jadi kami memutuskan untuk berpindah,” kata Leben kepada Malaysiakini semalam.

Dia juga mendedahkan tiada penglibatan lanjut pihak polis setakat ini berikutan laporan yang dibuat oleh PIJ Holdings Sdn Bhd milik Johor, melalui anak syarikatnya PIJ Property Development Sdn Bhd.

“Kami tidak salah tetapi kami memutuskan untuk menumpukan pada kempen dan bukannya isu remeh seperti itu,” kata Leben.

GLC itu minggu lalu secara terbuka menuduh Muda menduduki premis mereka tanpa kebenaran dan membuat laporan polis terhadap parti itu.

Lokasi yang dipertikaikan itu membabitkan bangunan Inkubator Usahawan Perbadanan Islam Johor di Taman Perbadanan Islam, Stulang Baru, yang terletak di dalam kerusi negeri Larkin di pinggir bandar Johor Bahru.

PIJ Holdings berkata bahawa premis itu bukan untuk disewakan oleh tuan tanah kerana ia bertujuan untuk penjualan perabot.

“Kami kesal kerana ia tidak digunakan untuk tujuan keusahawanan dan lebih mengecewakan penggunaannya adalah tanpa pengetahuan, persetujuan antara PIJ Property dan Muda.

“Kami meminta Muda mengosongkan premis dan mengembalikan premis itu kepada kami dalam keadaan baik,” katanya.

Muda tidak membuat pengumuman rasmi tetapi telah memindahkan pusat operasi pilihan raya Larkin ke Taman Abad.

Muda akan mengadakan ceramah terakhirnya malam ini, yang akan menampilkan calon Parkin parti itu, Rasid Abu Bakar, calon Puteri Wangsa Muda Amira Aisya Abdul Aziz, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa yang lain.

-Malaysia Kini

Tags: GLCLarkinmudaPertikaianPusat Operasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Program Khas Peremitan Pendapatan Ditamatkan

Next Post

Pengguna Facebook, Instagram Dibenarkan Seru Kematian Putin

Related Posts

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

90% GLC Sabah Gagal Menjana Dividen

23/04/2024
0

*Rencana dipetik dari sumber SuaraTV* Terdapat 200 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Sabah yang diwujudkan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan...

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

17/01/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. untuk merujuk...

Next Post

Pengguna Facebook, Instagram Dibenarkan Seru Kematian Putin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd