• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MUDA Harapkan Lebih Banyak Kelonggaran SOP PRN Johor – Syed Saddiq

oleh Mohd Arshad
03/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengharapkan lebih banyak lagi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata lanjutan had masa ceramah, syarahan dan kempen hingga pukul 12 tengah malam, adalah perkembangan baik.

“Itu adalah perkembangan baik. Saya berharap akan ada kelongaran lagi dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah MUDA di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Simpang Renggam di sini, malam tadi.

Turut hadir pada ceramah itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan calon MUDA DUN Machap R. Sangaran.

Syed Saddiq juga meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan beberapa kelonggaran SOP.

Terdahulu, SPR memaklumkan ceramah, syarahan dan kempen PRN Johor, kini boleh diadakan hingga pukul 12 tengah malam serta pindaan SOP itu berkuat kuasa serta-merta.

Ditanya mengenai peluang MUDA di DUN Machap, Syed Saddiq menyifatkan parti dan calon baharu itu sebagai ‘underdog’, namun yakin dapat meraih undi dengan kerja keras di kawasan ‘kerusi panas’ berkenaan.

“Kita tiada kewangan, jentera yang mewah tetapi mempunyai budaya khidmat yang baik, rekod khidmat yang baik. Itu adalah perkara yang mustahak sekali,” katanya.

Sangaran akan berdepan dengan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang juga Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Sharuddin Md Salleh, bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan kerajaan negeri Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Ketua Dewan Ulama Pas Negeri Johor Azlisham Azahar mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN itu menyaksikan penyandangnya Abd Taib Abu Bakar dari UMNO hanya menang dengan majoriti 404 undi, dalam pertangingan tiga penjuru dengan Ahmad Ahem (PH-Bersatu) dan Azlisham (Pas).

-Awani

Tags: KelonggaranmudaPRN JohorSOP PRN Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

Muralitharan Seru Masyarakat India Negeri Sembilan Beri ‘Pengajaran’ Kepada Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemimpin masyarakat India, Muralitharan Ramachandran menyeru masyarakat India di Negeri Sembilan melakukan perkara yang sama seperti di...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd