• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Rashid Dilantik Jadi CEO Baharu RHB

oleh AK-47
30/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: RHB Banking Group (RHB) melantik Mohd Rashid Mohamad sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuatkuasa 1 April 2022.

Pelantikan Mohd Rashid adalah bagi menggantikan Datuk Khairussaleh Ramli yang meletak jawatan pada 25 Mac lalu.

Mohd Rashid, 54, ketika ini adalah Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan yang turut dilantik sebagai Pegawai Bertanggungjawab/Pegawai Prisipal RHB Banking Group pada 24 Januari lalu.

Beliau memulakan kerjaya di Bank Negara Malaysia (BNM) dengan berkhidmat di Jabatan Peperiksaan/Penyeliaan dan Operasi Pelaburan & Pasaran Kewangan.

Sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Rashid akan menerajui pertumbuhan perniagaan dan memacu kecemerlangan operasi di Malaysia serta peringkat serantau ke arah mencapai sasaran kewangan serta memaksimumkan pulangan kepada pemegang saham.

“Mohd Rashid menyertai RHB sebagai Bendahari Kumpulan pada 2014, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan Perbankan Borong pada Julai tahun lalu.

“Beliau berpengalaman luas dalam industri perkhidmatan kewangan dengan rekod operasi, kewangan dan komersial serta pengalaman lebih 20 tahun dalam barisan kepimpinan kanan bersama pelbagai institusi kewangan di Malaysia dan Singapura seperti ABN Amro NV, The Royal Bank of Scotland dan AmBank Group,” demikian menurut RHB dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut RHB, ketika berkhidmat dengan institusi kewangan terbabit, Mohd Rashid memainkan peranan dalan memacu kejayaan dalam pelaksanaan strategi FIT22 kumpulan dan menghasilkan pencapaian strategik serta kewangan yang ketara termasuk memacu konsolidasi dan menerajui penyepaduan serta pendigitalan produk dan penyelesaian perbankan borong kumpulan di seluruh rantau ini.

Pada tahun kewangan 2021, perbankan borong kumpulan menyumbang 57 peratus daripada keuntungan sebelum cukai RHB.

“Pelantikan ini membawa kesinambungan dan kestabilan dalam kepimpinan kumpulan dan menggariskan keberkesanan rancangan penggantian kami. Kami yakin Mohd Rashid, dengan sokongan pasukan pengurusan kanan kumpulan, beliau akan dapat memimpin RHB ke fasa seterusnya dalam perjalanan transformasi kami, sambil terus memberikan nilai untuk semua pemegang kepentingan utama.

“Kami juga ingin menzahirkan penghargaan kepada Khairussaleh di atas kepimpinan dan sumbangan beliau selama lapan tahun,” kata Pengerusi Kumpulan Perbankan RHB, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

BHonline-

Tags: BNMCEO baharuMohd Rashid MohamadRHB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Petrol RON97 Naik 8 Sen Mulai Esok

Next Post

Penyanyi Nasyid Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

Penyanyi Nasyid Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd