• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memandu Mabuk, Lelaki Dipenjara 4 Tahun, Denda RM15,000

oleh Mohd Arshad
25/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipenjara empat tahun dan didenda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana bersalah memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis serta mengakibatkan kecederaan parah ke atas rakan setugas polis itu, empat tahun lalu.

Majistret Puteri Nursheila Rahimi menjatuhkan hukuman itu ke atas N Mohan Rao, 48, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan Mohan Rao dipenjara 10 bulan jika gagal membayar denda itu serta lesen memandunya digantung selama lima tahun.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Roshan Selvaratnam yang mewakili Mohan Rao untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara empat tahun itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohan Rao didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan sehingga menyebabkan kematian Konstabel Mohd Zamiri Sinsian, 25, dan kecederaan parah ke atas Konstabel Osman Ibrahim, yang ketika kejadian berumur 23 tahun di Jalan Semantan menghala ke arah pusat bandar di sini pada jam 3.30 pagi, 5 Disember 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44 (1) (b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda antara RM8,000 hingga RM20,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhana Che Awang dan tertuduh turut diwakili seorang lagi peguam, Tay Yi Kuan.

Seramai 15 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes bermula pada 2019.

Bernama-

Tags: kematian anggota polispemandu mabuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

Doktor Malar Cadang Malaysia Laksana Polisi 0.0% Alkohol, Larang Jualan Arak Di Kedai Runcit

30/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr. Malar Santhi (Celoteh Dr Malar) tampil menyuarakan pandangan agar Malaysia memperketatkan...

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

MCA Minta Tidak Dijadikan Isu Perkauman, Sesiapa Sahaja Boleh Jadi Mangsa Pemandu Mabuk

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd