• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

McDonald’s, Starbucks Hentikan Perniagaan Di Russia

oleh Mohd Arshad
09/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON : McDonald’s Corp dan Starbucks Corp menghentikan sementara ratusan restoran di Russia, dengan Coca-Cola dan Pepsi turut muncul syarikat terbaharu yang menghentikan operasi di negara itu selepas ia menggerakkan tentera ke Ukraine.

PepsiCo, pengeluar minuman ringan dan snek, akan menggantung semua iklannya di Russia dan menghentikan penjualan jenama minumannya, manakala pesaing Coca-Cola berkata ia akan menggantung perniagaannya di negara itu.

Rangkaian makanan segera, McDonald’s, berkata ia akan terus membayar gaji 62,000 pekerjanya di Russia.

Penutupan 847 restoran McDonald’s turut memberikan simbolik penting di Russia, di mana lokasi pertama ia dibuka di Dataran Pushkin, dekat tengah Moscow, menjadi simbol kapitalisme Amerika Syarikat (AS) selepas kejatuhan Soviet Union.

Rangkaian kopi Starbucks turut mengumumkan ia menggantung semua aktiviti perniagaan di Russia, termasuk penghantaran produk dan kafe yang dikendalikan oleh pemegang lesen.

Shell sebelum ini berhenti membeli minyak daripada Russia dan berkata ia akan menamatkan seluruh hubungan dengan negara itu, sambil AS memperhebatkan kempen untuk menghukum Moscow dengan menyekat minyak dan import tenaga Russia.

Keputusan diambil Shell terhadap Russia itu dibuat beberapa hari selepas ia berdepan kritikan kerana masih membeli minyak negara itu.

Transaksi itu adalah rutin dua minggu lalu, sekali gus menggambarkan status Russia yang semakin terpinggir dalam pasaran yang pernah dikuasainya sebelum ini.

“Kami sedar keputusan yang dibuat minggu lalu bagi membeli satu kargo minyak mentah Russia untuk ditapis menjadi produk seperti petrol dan diesel.

“Meskipun ia dibuat dengan memikirkan jaminan bekalan, tindakan itu adalah salah dan kami meminta maaf,” kata Ketua Eksekutif Shell, Ben van Beurden.

Walaupun belum melakukan pelupusan, Shell dan syarikat pesaing, BP serta Exxon Mobil mengumumkan rancangan untuk menjual pegangan di Russia dan keluar dari negara itu.

Ini menjadikan firma Perancis, TotalEnergies bersendirian untuk masih mengekalkan pelaburan di negara itu.

Berdozen syarikat sudah menghentikan aktiviti di Russia sejak pencerobohannya ke atas Ukraine, yang dianggap Moscow sebagai ‘operasi ketenteraan khas’ yang disasar bukan untuk menakluk wilayah, tetapi memusnahkan keupayaan ketenteraan Ukraine.

Pengeluar barangan sukan Jerman, Adidas; firma kosmetik, Estee Lauder; serta Calvin Klein dan pemilik Tommy Hilfiger, PVH Corp adalah antara jenama terbaharu yang mengumumkan penggantungan aktiviti di negara itu.

-Berita Harian

Tags: Hentikan PerniagaanKrisis Rusia-UkarineMcDonald'sRusiastarbucks
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd