• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MBK Sedia 30 Lokasi Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
23/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan sebanyak 30 lokasi pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di daerah ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata jumlah berkenaan membabitkan 25 pasar Ramadan dan lima bazar Aidilfitri yang akan beroperasi sepanjang bulan puasa kali ini.

Beliau berkata, sebanyak 1,202 permit diluluskan kepada peniaga yang dengan aktiviti jualan juadah berbuka puasa dan kelengkapan menyambut Aidilfitri termasuk pakaian dan barangan lain.

Katanya, Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri dianjurkan oleh 21 individu atau penganjur yang berurusan dengan MBK sebelum ini dan permohonan mereka diluluskan.

“Selaku pihak berkuasa MBK bertanggungjawab memantau aktiviti serta perjalanan perniagaan di semua Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di daerah ini bagi memastikan peniaga mematuhi semua peraturan ditetapkan.

“Penyerahan permit menganjurkan Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Lestari dan Pintar diadakan hari ini yang disempurnakan oleh Datuk Bandar MBK, Datuk Hamdan Hussin,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, MBK akan memastikan peniaga dan pengunjung Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain sentiasa menjaga kebersihan.

Norkamawati berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan turut sama akan memantau kebersihan selain kad kesihatan setiap peniaga, ini bagi menjamin makanan yang dijual sentiasa berada dalam keadaan baik.

-Berita Harian

Tags: bazar aidilfitriMBKPasar Ramadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MBK Sedia Tambah Anggota Unit Rondaan Berbasikal

15/06/2022
0

KUANTAN : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bersedia menambah anggota Unit Rondaan Berbasikal sekiranya keadaan memerlukan. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Ketua Seksyen Perhubungan...

MBK Sedia 24 Lokasi Bazar Ramadan, Aidilfitri

21/02/2022
0

Kuantan : Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan 24 lokasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di kawasan pentadbiran MBK, tahun ini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd