• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Rentung Sah Mangsa Bunuh

oleh AK-47
13/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mayat yang ditemui rentung dalam kebakaran bengkel di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini semalam, disahkan sebagai mangsa bunuh.

Mayat wanita berkenaan ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelemat Bandar Tun Razak yang memadamkan kebakaran bengkel pertanian kemahiran hidup itu selepas menerima laporan kejadian pada jam 6.04 petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata polis menerima maklumat berkaitan kejadian pada jam 6.18 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan ke tempat kejadian dan kebakaran sudah dipadamkan bomba. Pihak bomba turut menemui mayat dalam keadaan rentung seluruh badan yang kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pasukan forensik polis turut menjalankan siasatan di lokasi dan dan hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan bekerja sebagai penyelia di kedai buku sekolah terbabit.

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti punca kejadian,” katanya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap mana-mana kejadian tanpa bukti yang sahih.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi IPD Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau balai polis berdekatan.

-Berita Harian

Tags: mangsa bunuhmayat rentung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Juruterbang Misteri Tembak 10 Jet Rusia Didedahkan

Next Post

WHO Bincang Masa Sesuai Isytihar Pandemik Covid-19 Berakhir

Related Posts

Wanita Disyaki Mangsa Bunuh Suami Sendiri Ada 34 Kesan Tikaman

05/02/2022
0

GEORGETOWN: Wanita yang disyaki dibunuh suaminya di sebuah apartmen di Paya Terubong di sini, kelmarin, mempunyai 34 kesan tikaman pada...

Keluarga Mangsa Bunuh Bantah Mansuh Hukuman Mati Mandatori

15/01/2020
0

PUTRAJAYA - Ahli keluarga dan wakil mangsa bunuh sebulat suara membantah pemansuhan hukuman mati mandatori (MDP) bagi jenayah kejam termasuk...

Next Post

WHO Bincang Masa Sesuai Isytihar Pandemik Covid-19 Berakhir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd