• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liu Ying-Yew Sin Masih Belum Serasi

oleh AK-47
10/03/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI pertama beregu campuran profesional negara, Ong Yew Sin-Goh Liu Ying pada kejohanan antarabangsa tidak mencapai sasaran dimahukan apabila ter­singkir seawal pusingan pertama di kejohanan badminton Terbuka Jerman.

Pada perlawanan yang berlangsung di Westenergie Sporthalle itu, Yew Sin-Liu Ying terpaksa akur dengan kekalahan straight set 21-16, 21-13 kepada wakil Scotland, Adam Hall-Julie Macpherson.

Bagaimanapun, kekalahan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan gandi­ngan tersebut baru sahaja dibentuk awal bulan lalu selain beraksi pada kejohanan antarabangsa sulung mereka.

Liu Ying menjelaskan, Yew Sin yang turut beraksi dalam acara beregu lelaki masih belum dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan beregu campuran sehingga kelihatan tidak selesa di atas gelanggang.

“Ini adalah perlawanan pertama kami sejak digandingkan sebelum ini dan dia (Yew Sin) nampak masih belum selesa dalam gelanggang untuk acara beregu campuran kerana ia sangat berbeza dengan beregu lelaki.

“Oleh itu, saya akan berikan lebih masa kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan beregu campuran kerana dia tidak pernah bermain dalam acara ini pada kejohanan-kejohanan terdahulu,” katanya ketika dihubu­ngi Kosmo! semalam.

Tambah Liu Ying, mereka mahu menggunakan masa yang ada bagi memperkemaskan corak permainan serta keserasian menjelang kejohanan Seluruh England (All England) bermula 16 hingga 20 Mac ini.

“Selepas ini kami akan me­nyertai All England, jadi saya harap dia boleh menggunakan masa yang ada untuk mendapatkan rentak dalam acara beregu campuran kerana Yew Sin masih belum dapat biasakan diri.

“Bagaimanapun, saya tidak akan beri tekanan kepada dia kerana faham bukan mudah untuk beraksi dalam dua cara berbeza. Walaupun dia ada pe­ngalaman, namun ia sudah lama ketika masih junior,” ujar pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu.

-Kosmo Online

Tags: Liu Ying-Yew SinMasih Belum Serasi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Solat Tanpa Penjarakan Fizikal Masih Belum Dibincangkan Di Kebanyakan Negeri

Next Post

Kes Positif Covid-19 Menurun Tetapi Kekal Melebihi 30,000 Kes

Related Posts

No Content Available
Next Post

Kes Positif Covid-19 Menurun Tetapi Kekal Melebihi 30,000 Kes

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd