• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Kronologi Kes Pensyarah Hina Penuntut B40 Tular, UiTM Lapor Polis

oleh AK-47
31/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis selepas laporan kronologi yang disediakan universiti itu mengenai insiden pensyarah kontraknya yang dipercayai memperlekeh penuntut B40 tular di media sosial.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata laporan polis itu telah dibuat hari ini bagi melindungi mahasiswa dan kakitangannya.

“Sebenarnya saya faham keadaan itu, kita ini hidup dalam zaman media sosial, tetapi pada masa yang sama, kami juga, bukan kata tertakluk, kita ada undang-undang. Ada maklumat rahsia (tidak boleh dikongsi).

“Kalau kata maklumat rahsia, maknanya orang yang menerima laporan itu, tidak kiralah secara dalam talian atau emel, sepatutnya hormatlah. Tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa di luar edaran,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penutup Minggu Kreativiti Pendidikan 2022 di UiTM Puncak Alam dekat sini, hari ini.

Roziah berkata laporan tiga muka surat itu bertujuan untuk pihaknya melaporkan secara terperinci mengenai perkara yang berlaku selain memberi pemahaman kepada pihak yang tiada di tempat kejadian.

“Kita bukan kongsi (laporan kronologi) tapi kita hantar kepada pihak yang sepatutnya. Saya tidak tahu bagaimana kebocoran itu berlaku, apa pun kita ada polisi dan undang-undang,” katanya.

Tambahnya, pada malam ini, pihaknya akan membawa isu itu ke Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Khas yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Prof Emeritus Dr Ibrahim Abu Shah dan membabitkan wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Insya-Allah keputusan dijangka dicapai, kita akan salurkan kepada kementerian (KPT) (keputusan yang dicapai). Apa yang sudah terbocor (laporan kronologi) itulah sebenarnya pilihan yang akan dibentangkan,” katanya.

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman kelas dalam talian yang memaparkan seorang pensyarah memperlekeh penuntutnya kerana tidak mempunyai komputer riba serta meminta penuntut sama menyuruh kakaknya menggadai emas bagi membeli peralatan itu.

Susulan itu, satu dokumen dalaman UiTM iaitu laporan kronologi siasatan berkenaan kejadian tersebut, turut tersebar.

Bernama-

Tags: laporan polisPenunut B40UiTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

19/09/2025
0

SHAH ALAM: Istana Selangor membuat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd