• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laos Mulakan Pemberian Dos Keempat Vaksin Covid-19 Pada April

oleh Mohd Arshad
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENTIANE – Bermula April, Kementerian Kesihatan Laos merancang untuk menawarkan dos keempat vaksin Covid-19 kepada petugas kesihatan dan individu yang berisiko menghidap penyakit serius untuk melindungi kumpulan yang terdedah daripada varian Omicron.

Suntikan penggalak itu bertujuan meningkatkan tahap antibodi terhadap virus berkenaan, yang akan mengurangkan risiko penyakit teruk, Xinhua memetik laporan harian tempatan Vientiane Times pada Isnin.

Menurut laporan itu, dos keempat akan ditawarkan kepada pekerja barisan hadapan, golongan yang mengalami masalah imun atau penyakit kronik, dan penduduk yang berumur 60 tahun ke atas.

Vaksinasi tambahan itu juga akan dilaksanakan di wilayah yang sangat bergantung kepada pelancongan atau wilayah dengan kadar jangkitan tinggi.

Suntikan vaksin Pfizer dan AstraZeneca akan ditawarkan kepada orang yang menerima dos ketiga sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.

Kumpulan kedua yang bakal menerima dos keempat ialah anggota polis, petugas di sempadan, diplomat, dan pekerja yang memasuki negara itu. Diikuti kumpulan yang bekerja di tempat yang sesak seperti bank, perniagaan berkaitan pelancongan dan kilang, serta orang awam.

Pihak berkuasa kesihatan bimbang Omicron mungkin merebak ke seluruh negara, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun yang tidak divaksin.

Menurut Pusat Maklumat dan Pendidikan untuk Kesihatan, 75.72 peratus daripada populasi yang layak sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19, 60.4 peratus memperoleh dos kedua, dan 16 peratus dengan tiga dos.

Bernama-

Tags: Covid-19Dos Keempat vaksin Covid-19Laos
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Korea Selatan Sudah Lepasi Kemuncak Omicron – Presiden Moon Jae-in

Next Post

Lori Bawa Asid Sulfurik Terbalik

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

Mpox Merebak Melalui Kontak Rapat Berpanjangan, Tidak Mudah Menular Seperti COVID-19 – Pakar

01/09/2024
0

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat jangkitan Mpox atau cacar monyet yang teruk...

Next Post

Lori Bawa Asid Sulfurik Terbalik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd