• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuota VTL Malaysia-Singapura Ditambah Mulai Isnin

oleh Mohd Arshad
10/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kuota harian bagi penumpang dibawah inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL Darat) Malaysia-Singapura akan ditambah daripada 2,160 orang kepada 3,420 orang mulai 14 Mac ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah ini akan membolehkan lebih ramai lagi penumpang dapat merentasi sempadan Malaysia-Singapura tanpa kuarantin dan lain-lain keperluan yang dikenakan sebelum ini.

“Keputusan ini diambil susulan pengumuman terdahulu yang meningkatkan kapasiti penumpang daripada 50 peratus kepada 100 peratus pada 16 Februari. Sehubungan itu, penjualan tiket bas untuk tambahan kuota harian ini akan bermula esok 11 bagi perjalanan mulai 14 Mac dan seterusnya.

“Pengendali bas yang ditetapkan Malaysia di Terminal Larkin di Johor Bahru akan terus mengendalikan VTL Darat ke Singapura ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, penumpang masih tertakluk kepada keperluan perjalanan VTL Darat sedia ada termasuk menjalani ujian pra-berlepas (PDT) dan ujian semasa ketibaan (OAT).

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, walaupun peralihan Malaysia ke fasa endemik akan bermula pada 1 April dengan beberapa kelonggaran protokol perjalanan, perjanjian VTL Darat dengan Singapura kekal berkuat kuasa sebagai perjanjian dua hala antara kedua-dua kerajaan untuk terus memastikan keselamatan yang lebih baik bagi perjalanan darat ke dan dari Tambak Johor.

Ujarnya lagi, perjanjian dua hala ini akan diteliti dari semasa ke semasa oleh kedua-dua negara dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kelak.

Kosmo-

Tags: VTL DaratVTL Malaysia-Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jualan Tiket Bas, Pesawat VTL Malaysia-Singapura Dibuka Hari Ini

21/01/2022
0

PUTRAJAYA : Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia-Singapura dibuka semula berkuat kuasa serta-merta, selepas...

Jualan Tiket VTL Malaysia-Singapura Digantung Sementara

22/12/2021
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) menggantung sementara penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd