Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Pensyarah Dikecam Suruh Pelajar...

SEORANG pensyarah universiti, Jason Hansen dikecam selepas dikatakan menyuruh seorang pelajar minum air...

Dituduh Sombong Tolak Bergambar...

PETALING JAYA - Pelakon Zain Saidin terkejut apabila dituduh bersikap sombong kononnya dia...

Kerajaan Tidak Cadang Tukar...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa kerajaan tidak bercadang...

Terbuka Malaysia: Daren Liew...

KUCHING - Daren Liew layak ke pusingan pertama acara perseorangan lelaki kejohanan Terbuka...

Kes Jiran Tular Bergaduh Selesai

Klang : Pergaduhan antara dua individu di taman perumahan di Bandar Sultan Sulaiman dekat sini yang tular diselesaikan secara baik.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada kedua-dua pihak berhubung kejadian yang dipercayai berlaku Rabu lalu.

“Kedua-dua individu berkenaan adalah jiran dan kejadian dipercayai berpunca daripada pihak pertama menegur anak jirannya yang bermain bola berdekatan rumahnya.

“Difahamkan, tindakan anak kepada pihak kedua yang bermain bola itu terkena bumbung rumahnya serta menyebabkan berlaku sedikit kerosakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua belah pihak sudah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai perkara itu dan mereka juga bersetuju untuk menyelesaikan perselisihan faham secara baik.


“Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Polis ingin menasihatkan masyarakat untuk sentiasa menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup berjiran serta tidak menimbulkan perbalahan atau selisih faham antara satu sama lain,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori