• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes COVID-19 Thailand Lepasi Angka Tiga Juta

oleh Mohd Arshad
05/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK: Angka kes COVID-19 di Thailand melepasi tiga juta pada Sabtu, ketika pihak berkuasa kesihatan meningkatkan usaha untuk memerangi gelombang terbaharu wabak itu.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand merekodkan 22,818 kes baharu melalui ujian RT-PCR dan 52 kematian, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan negara kepada 3,004,814 kes dan 23,176 kematian sejak Januari 2020.

Pada masa yang sama, 33,085 orang disahkan positif COVID-19 melalui kit ujian antigen. Bagaimanapun, angka itu tidak dimasukkan dalam pengiraan harian.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Sophon Iamsirithavorn berkata varian Omicron yang sangat mudah menular adalah punca gelombang COVID-19 semasa di negara itu, dengan purata 22,000 kes sehari sepanjang dua minggu lalu.

“Jumlah kes serius, seperti jangkitan paru-paru yang memerlukan rawatan di hospital, meningkat 1.5 kali ganda dalam tempoh yang sama,” katanya dipetik oleh Thai PBS.

Sementara itu, Dr Sophon menggesa warga emas terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak divaksinas untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebelum perayaan Songkran pada pertengahan April kerana jangkitan mungkin meningkat apabila keluarga saling berkunjung dan berkumpul semasa musim perayaan.

Beliau berkata statistik menunjukkan kira-kira 2.17 juta warga emas masih belum divaksin.

“Vaksinasi mengurangkan risiko jangkitan dan keterukan gejala. Justeru, warga emas dan yang lebih berusia perlu mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin,” katanya.

Sejak Januari tahun ini, 928 warga emas meninggal dunia akibat COVID-19 di Thailand dengan kebanyakannya tidak divaksin.

Bernama-

Tags: Covid-19Thailandvarian omicron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd