• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kes Bunuh Bakar Wanita Siap Minggu Ini

oleh Mohd Arshad
16/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kertas siasatan berhubung kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah bengkel pertanian kemahiran hidup sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, Sabtu lalu, dijangka siap minggu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata pihak polis sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan kes terbabit.

“Setakat ini, kita sudah merakam keterangan lima individu dan mungkin akan ada individu lain akan dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita akan berusaha melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin yang dijangka dalam minggu ini sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media dalam Program Penyerahan Van Jenazah Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia kepada Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Azmi berkata, setakat ini, hanya seorang suspek yang ditahan iaitu pengawal keselamatan sekolah itu berusia 34 tahun bagi membantu siasatan.

“Hasil semakan dilakukan mendapati suspek itu belum berkahwin dan mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes cabul dan samun.

“Kita berharap siasatan berhubung kes ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana kejadian itu sangat tragis dan tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita berusia 25 tahun ditemui rentung dalam bengkel pertanian kemahiran hidup di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dipetik berkata, cubaan merogol mangsa dipercayai menjadi motif wanita berkenaan yang juga penyelia kedai buku dibunuh sebelum mayatnya dibakar di lokasi kejadian.

-Berita Harian

Tags: Kertas SiasatanKes Bunuh Bakar Wanitapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd