Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Manifesto BN Perlis Bina...

KANGAR - Tawaran Barisan Nasional (BN) Perlis untuk membina lebih banyak rumah mampu...

Paras Air Di Empangan...

SEREMBAN - Paras air di empangan Gemencheh, Tampin berada di bawah paras kritikal...

Benarkah Filter Rokok Mempunyai...

SEBELUM ini, berita mengenai penemuan sel darah babi dalam filter rokok pernah menjadi...

3 Maut Dalam Kemalangan...

GEORGE TOWN - Tiga maut manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan...

Kerajaan Laksana Perundangan Wajar Isu Pampasan Waris Sultan Sulu

PETALING JAYA – Kerajaan tidak berdiam diri berkenaan isu arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis walaupun tidak mengiktiraf Tuntutan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan Malaysia telah melaksanakan tindakan perundangan sewajarnya di mana kes telah difailkan di Mahkamah Tinggi Sabah yang mana penuntut tidak hadir ke prosiding tersebut.

“Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 dan Mahkamah memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara, Malaysia tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya dan penimbang tara tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah tersebut telah dibawa ke Mahkamah Madrid, Sepanyol untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol. Susulan itu, Partial Award on Jurisdiction dikeluarkan oleh Penimbang Tara pada 25 Mei 2020 telah diketepikan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) yang meminta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci berkaitan isu berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu katanya, pada 29 Jun 2021, atas permohonan kerajaan, Mahkamah Madrid telah membatalkan pelantikan Dr. Stampa sebagai penimbang tara dan kesemua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Dr. Stampa adalah terbatal.


“Bagi menjawab pertanyaan Papar, ingin saya jelaskan bahawa Final Award yang dikeluarkan oleh Dr. Stampa (penimbang tara yang mana lantikannya telah dibatalkan oleh Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021) adalah tidak sah dan telah diputuskan dengan sewenang-wenangnya serta tidak berlandaskan undang-undang.

“Memandangkan lantikan Dr. Stampa telah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang, kerajaan tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara tersebut,” ujarnya.

Kerajaan Malaysia juga katanya, melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri, telah melantik peguam di Sepanyol dan Perancis untuk mewakili Kerajaan bagi tujuan menangani segala Tuntutan yang dibuat terhadap Malaysia.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori