• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akui Doktor Kontrak Dipancing Pihak Swasta, Luar Negara

oleh Mohd Arshad
23/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui ada doktor muda kontrak yang berkhidmat di fasiliti kerajaan ‘dipancing’ pihak swasta dan luar negara dengan tawaran lebih baik.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata tawaran dikemukakan pihak berkenaan membuatkan kerajaan tidak mampu menandinginya.

Susulan itu, beliau berkata, kerajaan juga tidak boleh menghalang mana-mana kakitangan KKM seperti doktor untuk menerima tawaran berkenaan.

“Yang pertama, kerajaan memang prihatin mengenai masalah dihadapi doktor muda kita. Bagaimanapun, kerajaan mempunyai kekangan terutama dalam masalah kewangan dan tidak dapat menandingi tawaran yang mungkin disediakan pihak swasta dan serta negara.

“Kerajaan juga tidak boleh menghalang ataupun memaksa sesiapa atau mana-mana doktor untuk bertugas dengan KKM. Jadi ini bergantung kepada pendirian doktor berkenaan. Di pihak kerajaan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kontrak ini,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PAS-Jerai) mengenai punca doktor kontrak meninggalkan KKM.

Menjelaskan mengapa kerajaan menawarkan perjawatan kontrak, Dr Noor Azmi berkata, ia bermula pada 2016 apabila kerajaan mengambil keputusan melaksanakan langkah itu bagi menyelesaikan masalah kebanjiran ramai doktor graduan, selain tidak cukup penempatan.

“Susulan itu, kita tak mahu menunggu begitu lama kerana doktor muda ini terpaksa menunggu sehingga lebih setahun sebelum memulakan latihan siswazah.

“Jadi, kaedah kontrak ini dilakukan untuk menyelesaikan masalah ketika itu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: DipancingDoktor KontakPihak Swasta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Terengganu Meningkat Kepada 2,105 Orang

TH Nafi Agih Kuota Haji Kepada Pihak Swasta

25/01/2024
0

SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan pihaknya mengagihkan kuota tertentu kepada syarikat swasta atau Pengendali Jemaah Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd