Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak boleh berbangga konon mencatat kemenangan sulung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.
Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam jangan perasan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa mengundi partinya.
Realitinya kawasan itu sememangnya totok DAP dan siapa sahaja calon yang direstui DAP akan mendapat sokongan majoriti di DUN Puteri Wangsa.
Letak kucing bawah restu DAP pun, kucing itu akan menang di sana.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerusi DUN itu dimenangi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan majoriti 24,959 undi.
Semua masih ingat waktu itu Bersatu bersama DAP dalam Pakatan Harapan (PH) dan pastinya calon Bersatu turut mendapat restu DAP bertanding di situ.
Saksikan selepas Bersatu keluar PH dan menubuhkan Perikatan Nasional (PN), calon PN yang bertanding di DUN Puteri Wangsa semalam kalah teruk.
Ini bermakna kemenangan Bersatu mahupun MUDA di DUN berkenaan bukan kemenangan dua parti tersebut sebaliknya kemenangan DAP.
Namun harus difahami juga majoriti undi diperoleh calon MUDA di DUN Puteri Wangsa cuma 7,114 berbanding Bersatu 24,959 pada PRU-14.
Ini menunjukkan sebahagian pengundi DUN Puteri Wangsa telah berpaling daripada DAP selain faktor pertandingan enam penjuru.
Kemenangan MUDA di DUN Puteri Wangsa juga sekadar memperkuatkan desas desus mengenai hubungan MUDA dan DAP.
Parti sebegini jika menjadi kerajaan akan berhutang budi kepada DAP dan apa sahaja dasar Malaysia Malaysian yang mahu dilaksanakan DAP barangkali akan dituruti.
Selepas ini DAP suruh MUDA lompat, MUDA kena lompat, DAP suruh MUDA duduk, MUDA kena duduk.
Kerusi garenti menang DAP itu pasti datang dengan syaratnya yang tersendiri, bukannya bagi percuma begitu sahaja.
-Mynewshub