Wednesday, July 17, 2024

Creating liberating content

Sambutan Perayaan Bersama Bukti...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata meraikan sambutan perayaan...

22 Maut Letupan Berhampiran...

BEIJING - Letupan berhampiran loji kimia di utara wilayah Hebei, China membunuh sekurang-kurangnya...

Zoo Johor Berusia 36...

JOHOR BAHRU - Zoo Johor hari ini "berwajah baharu" selepas sekumpulan sukarelawan menggembleng...

Pos Malaysia Lancar Setem...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) buat pertama kalinya melancarkan setem...

Kelulusan Pengambilan Tanah Projek Persekutuan Perlu Disegerakan

Kuala Lumpur : Kerajaan negeri perlu memberikan keutamaan dan menyegerakan kelulusan permohonan pengambilan tanah bagi pelaksanaan projek kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 yang berlangsung di Putrajaya, hari ini.

Katanya, tanah projek yang membabitkan jajaran diluluskan secara perizaban, manakala tapak pusat operasi, pejabat atau stesen diluluskan secara pemberimilikan.

“Kerajaan bertanggungjawab menyediakan kemudahan infrastruktur yang berkualiti untuk kemudahan Keluarga Malaysia bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

“(Namun) Isu tanah menyebabkan kelewatan dan secara tidak langsung memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan (Persekutuan).

“(Untuk itu) Kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu halangan di atas tanah kerajaan negeri yang terlibat dengan projek-projek kerajaan berkepentingan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ismail Sabri berkata, perbincangan lanjut akan diadakan berhubung kadar premium yang dikenakan untuk pemberimilikan dan cukai tanah oleh kerajaan negeri selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Tanah Negara.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), tumpuan Persekutuan ke atas projek infrastruktur berimpak tinggi seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), landasan berkembar elektrik Gemas ke Johor Bahru dan Projek Sistem Transit Rapid (RTS).

Turut sama projek Lebuh raya Pantai Barat (WCE), Central Spine Road dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, yang mana kesemua projek akan memberi limpahan ekonomi besar kepada negeri terbabit.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori