Sample Page Title

KOTA BHARU: Masalah banjir termenung yang melanda di beberapa lokasi di negeri ini akan diatasi secepat mungkin menerusi penggunaan pam bergerak.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya sudah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membekalkan beberapa unit pam bergerak untuk ditempatkan di semua lokasi yang mengalami banjir termenung.

“Saya sudah minta JPS bekalkan pam bergerak di kawasan mengalami banjir termenung dan perkara itu sedang dalam tindakan.

“Selain itu, kerajaan juga memutuskan untuk mewujudkan sistem pam paip di kawasan yang biasa berlaku air termenung yang akan diselenggarakan pada sistem pintu air atau pam yang sistematik,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan projek menambah baik fasiliti tandas di rumah ibadat di Madrasah Haji Junoh, Kampung Paya Keranji, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim berkata pihaknya sudah membuat permohonan sebanyak RM16 juta kepada kementerian berkaitan bagi tujuan menyelenggara pintu kawalan pasang surut air, termasuk di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin-Semerak.

“Masalah ini perlu diselesaikan segera kerana impak diterima pesawah sangat besar akibat kemusnahan tanaman padi yang berlaku disebabkan banjir luar jangka.

“Saya sendiri sudah turun ke IADA dan mendapati daripada 10 pintu air, ada tiga saja yang berfungsi,” katanya.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...