• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS, Jabatan Perikanan Melaka Siasat Punca Ribuan Ikan Mati

oleh AK-47
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka masih menjalankan siasatan berhubung ribuan ikan mati terdampar di Sungai Tuang, Masjid Tanah.

Pengarahnya, Rosli Osman berkata, setakat ini pihaknya sedang menyiasat sekiranya berlaku tumpahan minyak di sekitar kawasan kejadian.

“Berdasarkan siasatan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan serta Jabatan Laut Malaysia semalam (Ahad) kita tidak mengesan sebarang tumpahan minyak,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Mengulas lanjut Rosli turut menolak dakwaan tumpahan belerang atau sulfur monoksida yang berlaku sebelum ini akan menjejaskan hidupan laut.

Jelas beliau, berdasarkan lembaran Data Keselamatan Bahan (MSDS) sekiranya berlaku tumpahan belerang, keadaan itu tidak akan membahayakan hidupan laut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd Fauzi Salehon yang dihubungi berkata, pihaknya akan memberi maklum balas selepas selesai siasatan dijalankan.

“Pegawai sudah membuat siasatan dan mengambil sampel ikan, kenyataan lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Media pada Ahad melaporkan tumpahan sulfur monoksida yang berlaku di sebuah industri berdekatan Pantai Sungai Tuang berkemungkinan didakwa menjadi punca kepada ribuan ikan mati terdampar.

-Sinar Harian

Tags: IkanJabatan Perikanan MelakaJAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Blinken Di Israel Untuk Rundingan Dengan Negara Arab

Next Post

Bekas MB Terengganu Nafi Jual Tanah Kerajaan Kepada Vincent Tan

Related Posts

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

Next Post

Bekas MB Terengganu Nafi Jual Tanah Kerajaan Kepada Vincent Tan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd