• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasni Calon MB Johor

oleh Mohd Arshad
13/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Datuk Seri Hasni Mohammad akan terus diberikan kepercayaan menjadi Menteri Besar Johor, selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika menyuarakan jaminan itu berkata nama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor berkenaan akan dikemukakan kepada baginda untuk pertimbangan selanjutnya.

Tanpa memetik sebarang nama lain, katanya, pencalonan tunggal sedemikian ialah demi memberi ruang kepada kestabilan pentadbiran kerajaan negeri dan jaminan terhadap pelbagai usaha pembangunan yang ingin dirintis.

“Saya akan mengemukakan nama Datuk Seri Hasni agar dapat perkenan Tuanku dan boleh teruskan tugas sebagai Menteri Besar Johor.

“Seperti disebutkan bahawa ikhtiar Johor akan dilaksanakan dan kami sebagai kepemimpinan pusat akan terus membantu Hasni bagi melaksanakan semua ikrar atau ikhtiar Johor ini secepat mungkin, dengan dimulakan oleh Belanjawan Johor 2023.

“Untuk seluruh pengundi Johor, bagi pihak BN, kami ingin ucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi, tetapi jangan lupa untuk undi BN dalam PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) akan datang,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno Johor, di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman sesawangnya setakat tengah malam tadi mengesahkan bahawa BN melakar kemenangan selesa, dengan majoriti dua pertiga iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, diikuti Pakatan Harapan (PH) sebanyak 11 kerusi, Perikatan Nasional (tiga) dan masing-masing satu kerusi oleh Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahmad Zahid turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Sultan Johor sebelum ini untuk membubarkan Dun, sekali gus mengembalikan mandat kepada rakyat di negeri berkenaan.

-Harian Metro

Tags: CalonCalon MB Johorhasni mohammadMB JohorPRN Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

NATO Takut Nak Berperang Dengan Rusia

Next Post

26,250 Kes Baharu Dengan 77 Kematian Dilaporkan

Related Posts

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

PRK Mahkota: ‘Harap Calon BN Terus Bela Nasib Rakyat’

08/09/2024
0

KLUANG: Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mengharapkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) terpilih sebagai wakil rakyat pada...

Ahli UMNO Diingatkan Tak Gaduh Pilih Calon Pilihan Raya

Ahli UMNO Diingatkan Tak Gaduh Pilih Calon Pilihan Raya

06/07/2024
0

Ahli akar umbi UMNO diingatkan agar tidak bertelagah memilih calon untuk bertanding pada setiap pilihan raya terutamanya pilihan raya umum,...

Next Post

26,250 Kes Baharu Dengan 77 Kematian Dilaporkan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd