• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Minyak: Arab Saudi, UAE Enggan Berbincang Dengan US

oleh AK-47
11/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH : Dua pemimpin de facto Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) enggan mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berhubung krisis bahan api yang berlaku ketika ini susulan perang Rusia dan Ukraine.

Ketika ini, Washington dan sekutunya bekerja keras mengekang kenaikan harga bahan api susulan konflik Rusia-Ukraine memandangkan Moscow merupakan antara pembekal minyak utama kepada banyak negara Eropah.

Lapor Wall Street Journal, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Putera Mahkota UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahyan ‘tidak mahu melayan permintaan Biden’ yang ingin berbincang mengenai situasi semasa melibatkan sumber bahan api.

“Kami menjangkakan kedua-dua putera mahkota itu akan menghubungi AS bagi melakukan perbincangan, namun sehingga kini kami masih belum menerima sebarang panggilan,” menurut seorang pegawai kerajaan AS.

Selain itu, Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki turut mengesahkan tiada rancangan menyaksikan kedua-dua putera mahkota itu bakal mengadakan rundingan dengan Biden.

Biden juga dijangka tidak akan mengunjungi Riyadh dalam masa terdekat.

Pada minggu lalu, Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak dan sekutunya (OPEC+) yang turut dianggotai Rusia menolak untuk mengurangkan pengeluaran minyak biarpun didesak Barat.

Peperangan antara Rusia dan Ukraine menyaksikan kebanyakan negara di seluruh dunia mengenakan sekatan terhadap Moscow dengan yang terbaharu, AS melarang mengimport bahan api dari negara itu.

Kedua-dua negara Teluk itu dianggap sebagai satu-satunya pembekal global yang mempunyai kapasiti untuk mengepam lebih banyak minyak untuk mengurangkan lonjakan harga.

Hubungan Arab Saudi dan UAE dengan AS dilaporkan semakin tegang sejak Biden mengambil alih tampuk pentadbiran Washington.

-Utusan Online

Tags: Arab SaudiASEnggan Berbincangharga minyakUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

Turunkan Minyak Sekarang Ini Tak Mampu Kita, Tapi Cukai Jalan Itu Boleh – PM Anwar

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah meringankan beban rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd