• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

e-Mualaf Diperluas Ke Seluruh Negara Akhir Tahun

oleh AK-47
29/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mensasarkan memperluaskan penggunaan sistem e-Mualaf di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, sehingga kini, sistem yang dibangunkan sejak 2013 itu merekodkan seramai 58,670 mualaf di seluruh negara.

Beliau berkata, ketika ini, tujuh negeri sudah menggunakan sistem berkenaan iaitu Wilayah Persekutuan, Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, apabila isu mualaf diperkatakan, antara perkara yang menjadi fokus utama adalah pengurusan golongan itu di peringkat jabatan agama Islam negeri (JAIN) dan Jakim.

Hakimah berkata, isu berkaitan identiti mualaf, misalnya sering dibangkit dan dibincangkan dalam forum di peringkat negeri dan Persekutuan.

“Apabila kita bercakap mengenai identiti, ia memerlukan intervensi atau tindakan pihak berkuasa negeri dan Persekutuan

“Ada beberapa inisiatif yang dibuat seperti e-Mualaf iaitu sistem pengumpulan data mualaf dalam Malaysia.

“Ia sangat penting antara lain untuk mudahkan penukaran status agama dan nama dan Jakim sudah bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya ketika melancarkan Simposium Guru Mualaf Peringkat Kebangsaan 2022, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Hakimah berkata, sistem e-Mualaf itu juga boleh digunakan untuk pengesanan jenazah umat Islam.

Katanya, sebelum ini, banyak laporan mengenai perebutan jenazah mualaf antara keluarga dan JAIN, yang berlaku berikutan rekod pengislaman yang tidak jelas dan pendaftaran nama dan perkara berkaitan yang tidak mengikut proses undang-undang.

Beliau berkata, dibimbangi jika ia berlarutan, perkara itu akan mengganggu keharmonian antara kaum dalam negara ini.

“Sekarang ini menjadi keperluan untuk kita mempunyai satu pangkalan data membantu mualaf ini yang membolehkan maklumat mengenai mereka didaftarkan.

“Dari situ kita boleh bekerjasama dengan kementerian lain termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk bantuan dan sebagainya selain bimbingan.

“Data daripada e-Mualaf itu boleh dimanfaatkan,” katanya.

Ditanya mengapa masih ada JAIN yang tidak menggunakan sistem berkenaan, Hakimah berkata, ia dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, Hakimah berkata, simposium yang pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan itu membantu memberi ilmu dan menjadi platform pertukaran pengalaman dengan guru mualaf.

Katanya, ia untuk membolehkan guru terbabit mendapat input dan membuat persediaan untuk memimpin rakan mualaf yang lain.

“Kadang kala, mereka masuk Islam kerana perkahwinan, justeru bimbingan berterusan itu adalah sangat penting,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Diperluase-Mualaf
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Siasat Video Tular Halang Laluan Di Pudu

Next Post

Rusia Didakwa Mahu Bahagi Dua Ukraine

Related Posts

No Content Available
Next Post

Rusia Didakwa Mahu Bahagi Dua Ukraine

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd