• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denda Kesalahan Hutan RM5 Juta Dan Penjara 20 Tahun

oleh AK-47
27/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Penceroboh hutan simpan bakal berhadapan dengan tindakan perundangan lebih berat apabila kadar denda maksimum bagi kesalahan hutan dinaikkan kepada RM5 juta manakala hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Pada masa ini kadar denda maksimum bagi kesalahan hutan adalah RM500,000 dan hukuman penjara maksimum pula adalah selama tujuh tahun.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyudin Hassan berkata, Rang Undang Undang (RUU) Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 telah dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat pada 3 Mac lalu setelah mengambil masa hampir 13 tahun untuk dimuktamadkan sebelum dijangka dibentangkan sekali lagi untuk bacaan kali kedua di Parlimen pada Julai ini.

“Antara pindaan dalam RUU tersebut ialah dengan memperkenalkan proses penyiasatan awam (public inquiry) sebelum sesuatu kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) diwartakan keluar dan juga penggantian serentak HSK yang diwartakan keluar.

“Di samping itu kadar denda maksimum bagi kesalahan hutan dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM5 juta dan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dinaikkan sehingga 20 tahun sebagai langkah pencegahan dan pemuliharaan (hutan),”katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 di Hutan Simpan Tanum dekat sini semalam.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan tahun ini disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di kawasan Koridor ekologi Central Forest Spine (CFS) bersebelahan dengan Hutan Simpan Tanum Lipis.

Yang turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) telah membentangkan RUU Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 bagi penambahbaikan melibatkan beberapa perkara amalan pengurusan dan pemuliharaan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negara ini.

Menurut Takiyuddin, dengan lulusnya RUU tersebut di Parlimen Julai nanti, perundangan hutan negara akan menjadi lebih mantap dalam menangani isu pencerobohan hutan di negara ini.

Justeru beliau berharap semua kerajaan negeri menerima pindaan tersebut menerusi Enakmen Pemakaian masing-masing supaya pelaksanaannya dapat disegerakan.

Dalam pada itu beliau berkata, Malaysia telah melaksanakan pensijilan pengurusan hutan di bawah Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS) iaitu bagi memastikan produk daripada industri kayu-kayan merupakan sumber yang sah dan mampan.

“MTCS ini juga bertujuan melindungi kawasan tadahan dan kualiti air, memulihara alam sekitar dan mengekalkan kelangsungan sumber daya hutan serta meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang bergantung kepada hasil hutan.

“Hari ini KeTSA menyampaikan penyerahan Sijil Pengurusan Hutan MTCS kepada kerajaan Pahang yang melibatkan kawasan seluas 1.5 juta hektar HSK dan saya berharap kerajaan Pahang dan negeri lain akan meningkatkan jumlah hutan yang disijilkan selaras dengan amalan pengurusan hutan secara berkekalan,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: Denda Kesalahan Hutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Langkawi Sedia Sambut Pelancong Antarabangsa

Next Post

Unjuran KDNK 2022 Boleh Dicapai Susulan Pembukaan Semula Sempadan

Related Posts

No Content Available
Next Post

Unjuran KDNK 2022 Boleh Dicapai Susulan Pembukaan Semula Sempadan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd