• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CAP Gesa Perkenal Akta Halal Haram

oleh Mohd Arshad
16/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Akta Halal Haram diperkenalkan bagi membantu memastikan pengeluar bertanggungjawab dalam melabelkan produk makanan sebagai halal.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata, pada masa ini beban bagi membuktikan status produk halal terletak kepada pengguna manakala penggubalan undang-undang dan membuat dasar dipinggirkan oleh pihak berkuasa sejak bertahun-tahun.

Katanya, gesaan itu sudah dibuat CAP sejak 30 tahun lalu dan sehingga hari ini, tidak banyak kemajuan dicapai berhubung perkara berkenaan.

“Sebelum ini negara digemparkan dengan isu kartel yang didakwa merasuah pegawai kastam bagi mengimport dan menjual daging tidak disembelih menurut kaedah Islam atau diperolehi daripada pemegang taruh yang tidak diluluskan.

“Keadaan ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna Islam dan mengganggap ia satu pencabulan kepada agama.

“Malah individu yang mengendalikan kartel daging itu memberi rasuah kepada pegawai kanan kerajaan bagi membawa masuk daging yang tidak disahkan ke Malaysia dan melepaskannya sebagai produk yang disahkan sebagai halal,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, susulan itu, sudah tiba masanya bagi kerajaan memperkenalkan Akta Halal Haram dan pada masa yang sama meminda akta sedia ada yang menyentuh mengenai isu ini.

“Akta itu akan mewujudkan permintaan bagi produk Halal Malaysia, yang mana selaras dengan dasar kerajaan bagi menjadikan Malaysia salah satu pengeluar terbesar produk halal di dunia.

“Undang-undang sedia ada perlu dipinda supaya dapat memberikan kefahaman yang lebih baik mengenai penggunaan perkataan haram sama ada dalam makanan atau produk.

“Misalnya mengikut Akta Makanan, undang-undang mengenai pelabelan makanan perlu dipinda supaya dapat memastikan ramuan haram dinyatakan pada label dan jika bahan itu boleh diperoleh daripada beberapa sumber, maka pengeluar perlu menyatakan daripada sumber manakah ia diperolehi.

“Ini akan membantu pengguna Islam bagi mengelakkan sebarang makanan dan produk yang mengandungi bahan yang meragukan atau haram,” katanya lagi.

Menurut Mohideen, akta itu akan memberi lebih kuasa kepada pihak berkaitan dalam melaksanakan penyeliaan yang lebih ketat dan penguatkuasaan ke atas rantaian bekalan halal.

Sehubungan itu, CAP menggesa supaya pihak berkenaan menambah baik proses pensijilan halal serta menyemak semula prosedur perolehan makanan berikutan pendedahan mengenai skandal kartel daging.

“Manakala sistem bagi semua agensi penguatkuasaan dan perkembangan ternakan juga perlu disemak semula.

“Kita juga menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan bagi menangani skandal kartel daging yang mana semua yang terbabit dalam memperdayakan orang ramai, termasuk kakitangan kerajaan dan pengarah syarikat, perlu didakwa dan dihukum dengan lebih berat,” katanya lagi.

Terdahulu media melaporkan kartel berkenaan mengimport daging beku dari China, Ukraine, Brazil, dan Argentina dan kemudiannya membungkus semula di Johor.

Sesetengah daging beku itu termasuklah daging kuda dan kanggaru, yang kemudiannya dicampur dan dijual sebagai daging halal.

-Harian Metro

Tags: Akta Halal HaramCAPgesaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sidang Akhbar Khas Perdana Menteri Petang Ini

Next Post

26,534 Kes, 95 Kematian Covid-19

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

12/06/2023
0

PUTRAJAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan keputusan kerajaan yang merujuk semula Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi...

Next Post

26,534 Kes, 95 Kematian Covid-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd