• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon MUDA Belum Mampu Raih Mandat Pengundi Johor

oleh Mohd Arshad
13/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Calon muda berusia bawah 30 tahun yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih belum mampu memperoleh mandat daripada pengundi meskipun kali pertama menyaksikan pelaksanaan Undi18.

Seramai lapan calon berumur bawah 30 tahun bertanding, termasuk dua calon paling muda yang berusia 26 tahun.

Daripada lapan calon itu, hanya seorang, Amira Aisya Abd Aziz, 27, daripada Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memperoleh kemenangan pertama untuk parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan majoriti 7,114 undi dalam pertandingan enam penjuru.

Setiausaha Agung MUDA itu menewaskan calon MCA, Ng Yew Aik yang mewakili Barisan Nasional (BN); calon GERAKAN, Loh Kah Yong mewakili Perikatan Nasiona (PN); Dr Khairil Anwar Razali daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG); calon Parti Bangsa Malaysia (PBM), Choong Shiau Yoon dan calon Bebas, Adzrin Adam.

Secara keseluruhan, 63 calon berusia 40 tahun dan ke bawah daripada 239 calon bertanding pada PRN Johor dengan BN mempertaruhkan calon dalam lingkungan usia itu yang paling ramai, iaitu 14 individu, diikuti PN (13), PEJUANG (11), Pakatan Harapan (PH) dengan 10 calon, MUDA (7), PKR (4) dan PBM (2).

Dua lagi calon ialah daripada Parti Warisan (WARISAN) yang bertanding di kerusi DUN Bukit Batu dan calon Bebas di DUN Kempas. Bagaimanapun, 14 daripada 63 calon berusia bawah 40 tahun mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya mendapat mandat daripada penduduk di negeri selatan tanah air itu.

Calon PH, Marina Ibrahim, 34, daripada DAP yang kali pertama bertanding pilihan raya bagi kerusi DUN Skudai memperoleh kemenangan dengan majoriti paling besar dalam kalangan calon muda berusia 40 tahun dan ke bawah selepas mendapat 26,359 undi dengan majoriti 13,943 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, beliau yang masih positif COVID-19 menewaskan Yeo Kwee Kwang (PN-BERSATU) dan Shen Poh Kuan (BN-MCA).

Empat lagi calon PH-DAP yang menang adalah Ng Kor Sim, 38, yang memperoleh majoriti 7,001 undi dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Jementah; Ee Chin Li, 39, mendapat majoriti 372 undi dalam pertandingan lima penjuru di Tangkak; Liow Cai Tung, 36, di DUN Johor Jaya dengan majoriti 1,922 undi dalam pertandingan empat penjuru, manakala Wong Bor Yang, 35, memperoleh majoriti 5,921 undi dalam pertandingan tiga penjuru di Senai.

Calon muda BN pula menyaksikan lapan berjaya menang, iaitu DUN Bukit Pasir oleh Mohamad Fazli Mohamad Salleh, 35, dengan majoriti tipis 198 undi; Mohd Hairi Mad Shah, 37, (Larkin, majoriti 6,178 undi); Ling Tian Soon, 38, (Yong Peng, majoriti 2,741 undi); Norlizah Noh, 38, (Johor Lama, majoriti 6,039 undi) dan K Raven Kumar, 39, (Tenggaroh, majoriti 1,356 undi).

Mohamad Najib Samuri yang berusia 39 tahun pula memenangi kerusi DUN Parit Yaani dengan majoriti 294 undi; Aznan Tamin, 37, memperoleh majoriti 5,903 undi bagi kerusi DUN Tanjung Surat dan Lee Ting Han, 31, mendapat majoriti 3,176 undi bagi kerusi DUN Paloh.

Sementara itu, seorang daripada empat calon muda dipertaruhkan PKR, iaitu Chiong Sen Sern, 32, memenangi kerusi DUN Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi selepas menewaskan calon BN-MIC, S Suppayah; Tan Heng Choon (PN-Gerakan) dan Lee Ming Wen (WARISAN).

PRN kali ini menyaksikan BN memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, sekali gus membolehkan parti berkenaan membentuk kerajaan negeri, manakala PH memenangi 11 kerusi, PN (3), manakala PKR dan MUDA pula masing-masing satu kerusi.

-Berita Harian

Tags: Calon MUDAMandat PengundimudaPRN Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia, Jepun Ganda Usaha Tangani Isu Rantaian Bekalan Global

Next Post

Rusia Rekrut 16,000 Tentera Upahan Dari Asia Barat

Related Posts

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Muda Gagal Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

17/01/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. untuk merujuk...

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

Peguam Negara Perlu Bertanggungjawab, Bukan Tuding Jari Ke mahkamah – MUDA

06/09/2023
0

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara mesti bertanggungjawab penuh terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa melepaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

Next Post

Rusia Rekrut 16,000 Tentera Upahan Dari Asia Barat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd