• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki Terperangkap Dalam Kereta Terbabas Dalam Tali Air

oleh Mohd Arshad
17/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPUNG GAJAH: Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri terperangkap dalam kereta yang terbabas ke dalam tali air di Kampung Bukit Chawi, di sini, hari ini.

Difahamkan, kereta Honda City dinaiki kanak-kanak berusia lima tahun itu bersama ibu dan adik perempuannya berusia empat tahun, terbabas dipercayai ketika mengelak lopak air.

Tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kampung Gajah menghala ke Seberang Perak.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, Megat Mohd Dahari Megat Jamaludin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.19 petang tadi sebelum anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Jentera yang tiba di lokasi mendapati sebuah kereta dinaiki tiga mangsa terbabas ke dalam tali air sedalam 3.65 meter.

“Dua mangsa berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi, manakala seorang kanak-kanak lelaki dipercayai masih berada dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Megat Mohd Dahari berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa bersama kenderaan itu sedang giat dilakukan ketika ini dengan turut dibantu anggota BBP Teluk Intan dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Intan.

“Operasi ketika ini agak sukar kerana arus air deras. Kita juga sudah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menutup laluan air,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

BHonline-

Tags: budak lelakikereta terbabastali air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Belum Bincang Tarikh PRU15: PM

Next Post

UMNO Kini Ada 3,391,236 Ahli

Related Posts

Budak 7 Tahun Lemas Dalam Tali Air

Budak 7 Tahun Lemas Dalam Tali Air

24/12/2024
0

PARIT : Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui lemas dalam tali air di Parit 4, di sini, dipercayai ketika...

Rundingan Gencatan Senjata Capai ‘Kemajuan Ketara’

Kereta Terbabas, Terbalik Selepas ‘Aksi’ Pandu Melulu, Himpit

08/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City...

Next Post

UMNO Kini Ada 3,391,236 Ahli

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd