Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Demam Denggi: Kuantan Catat...

KUANTAN - Daerah Kuantan mencatatkan kes demam denggi tertinggi di Pahang, iaitu sebanyak...

Jantina Anak Panda Gergasi...

KUCHING - Ibu panda gergasi yang terlalu melindungi membuatkan sehingga kini anak panda...

Peti Pos Paling Selatan...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) meneruskan usaha dalam mempromosikan projek...

Bumi Armada Untung Lebih...

KUALA LUMPUR - Keuntungan sebelum cukai Bumi Armada Bhd bagi suku pertama berakhir...

Bot Nelayan Vietnam Jadi Tukun Tiruan

Pelupusan bot itu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas ia dilucut hak oleh mahkamah sejak 2010 lalu, dengan dua bot yang ditahan kerana menceroboh perairan negara tahun lalu, dilupus semalam.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, proses pelupusan dilaksana di lima batu nautika dari perkampungan nelayan Pulau Perhentian, di sini.

“Kaedah menenggelamkan bot sebagai tukun tiruan adalah inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin serta simbolik kepada keseriusan APMM dalam mengekang kemasukan nelayan asing ke perairan negara secara haram.

“Pelupusan bot ini turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara serta Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT),” katanya selepas program itu semalam.


Muhammad Suffi berkata, dua bot yang dilupus itu ditahan Kapal Maritim (KM) Pekan dan Langkawi menerusi Op Naga Barat dan Kuda Laut, bersama 26 kru yang kini menjalani hukuman penjara tujuh bulan.

“Ini adalah pelupusan siri ketiga bagi tahun 2022 dan sebanyak 30 bot lagi masih berada di tiga Pusat Tahanan Vesel (PTV) untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori