• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina 8 Loji Mini, Baik Pulih Proses Rawatan Air

oleh Mohd Arshad
07/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Kerajaan negeri memperuntukkan RM49 juta untuk pembangunan lapan loji mini serta membaik pulih sistem proses rawatan air bagi menyelesaikan masalah air secara berperingkat di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata, kos keseluruhan pembangunan lapan lojimini termasuk membaik pulih sistem proses rawatan air itu dibiayai menerusi pinjaman oleh kerajaan negeri kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Katanya, antara loji berkenaan adalah di Teluk Mesira, Ketereh, Jelawat, Wakaf Bharu, Kadok, Meranti, Kedai Buloh, dan Telong serta membaik pulih sistem proses rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) di Ketereh dan LRA Perol.

“Saya juga berharap dengan pembangunan loji mini ini akan dapat menambah jumlah akaun pengguna iaitu antara 300,000 hingga 350,000 berbanding 260,000 akaun sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Media Air Kelantan Sdn Bhd di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut Azami berkata, selain itu projek di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) membabitkan pembinaan LRA Kampung Telok yang menelan belanja RM48.3 juta dengan kapasiti pengeluaran air terawat 30 juta liter sehari dan dijadualkan beroperasi pada tahun ini.

“KASA juga membiayai Program Pengurangan NRW (Air Tidak Berhasil) yang membabitkan penukaran meter, pembaikian tangki dan pembangunan ‘Geografical Information System’ (GIS).

“Pada masa sama, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mendapatkan geran daripada KASA bagi membangunkan Takungan Air Pinggiran Sungai atau TAPS di Labok, Machang.

“Kapasiti TAPS ini adalah 500 juta liter sehari dan ia adalah sumber air mentah untuk loji-loji di kawasan utara lembangan Sungai Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Azami berkata, bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, AKSB juga membangunkan satu aplikasi yang dikenali dengan MyAKSB di mana pengguna boleh menyemak bil, bayaran, membuat aduan serta makluman gangguan.

-Harian Metro

Tags: baik pulihLoji MiniProses Rawatan Air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Elaun Kenangan Veteran Masih Dalam Kajian

Next Post

Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 Dijangka Siap 2028

Related Posts

Peruntukan RM100 Juta Untuk Selenggara, Baik Pulih Kuarters Dan Fasiliti PDRM

Peruntukan RM100 Juta Untuk Selenggara, Baik Pulih Kuarters Dan Fasiliti PDRM

23/07/2023
0

Kuala Lumpur : Sebanyak RM100 juta akan diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggara kuarters serta fasiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

KKM Baik Pulih 42 Klinik Kesihatan Di Pahang

KKM Baik Pulih 42 Klinik Kesihatan Di Pahang

28/05/2023
0

KUANTAN : Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan projek membaik pulih 42 Klinik Kesihatan (KK) diklasifikasi sebagai daif di seluruh Pahang,...

Next Post

Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 2 Dijangka Siap 2028

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd