• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pegawai LHDN Ambil MC, Bicara Kes Shafee Ditangguh

oleh AK-47
28/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perbicaraan kes pengubahan wang haram sebanyak RM9.5 juta membabitkan peguam Muhammad Shafee Abdullah dilapangkan hari ini selepas bekas pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad mengambil cuti sakit hari ini.

Timbalan pendakwa raya (DPP), Afzainizam Abdul Aziz berkata bekas pegawai LHDN itu memaklumkan perkara itu kepada pihak pendakwaan kira-kira pukul 8 pagi tadi.

“Saksi saya, Nasrul tidak dapat hadir (perbicaraan) hari ini kerana dia mengambil MC pagi ini. Kami dimaklumkan sekitar jam 8 pagi tadi bahawa dia tidak sihat,” kata Afzainizam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

DPP kemudian memohon prosiding hari ini ditangguhkan ke esok, di mana pasukan peguam Shafee boleh menyambung semula dengan pemeriksaan balas terhadap saksi berkenaan.

Tambah Afzainizam, selepas Nasrul selesai memberi keterangan, saksi seterusnya yang akan dipangggil memberi keterangan ialah pegawai penyiasat (IO) yang menjalankan siasatan terhadap Shafee.

Peguam bela Harvinderjit Singh memaklumkan mahkamah bahawa mereka tidak mempunyai bantahan terhadap permohonan itu.

Hakim perbicaraan Muhammad Jamil Hussin kemudian menangguhkan prosiding ke pagi esok.

Pada 13 Sept 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Dia didakwa menerima cek RM4.3 juta pada 13 Sept 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan

Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2013 dan 31 Dis 2014.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.

-Malaysia Kini

Tags: Bekas Pegawai LHDNBicara Kes ShafeeMC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Kekurangan Stok Paracetamol – MPS

Next Post

Putin Pilih 9 Mei Tamatkan Perang?

Related Posts

Ismail Sabri Beri Keterangan Khamis Ini, MC Tamat Esok – Azam Baki

Ismail Sabri Beri Keterangan Khamis Ini, MC Tamat Esok – Azam Baki

11/03/2025
0

KOTA KINABALU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijadualkan hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Sadis… Jari Terpotong, Doktor Cuma Bagi MC 1 Hari Aje

04/08/2016
0

SUDAHLAH jari telunjuknya putus, yang lebih sadisnya doktor hanya memberikan satu hari sahaja cuti pelepasan sakit (MC). Memang tidak masuk...

Next Post

Putin Pilih 9 Mei Tamatkan Perang?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd