• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Kapten Melaka, Azizan Baba Meninggal Dunia

oleh AK-47
22/03/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Bola Sepak Melaka United (MUSA) menzahirkan ucapan takziah buat keluarga bekas pemain dan jurulatih pasukan Melaka United bawah 14 tahun, Azizan Baba yang meninggal dunia pagi Selasa.

MUSA dalam satu kenyataan memaklumkan Azizan Baba, 41, memulakan kerjaya sebagai pemain Piala Belia dan Piala Presiden sejak 1996 dan seterusnya bersama pasukan Melaka sebelum berhijrah ke beberapa pasukan lain termasuk Johor FC, Sarawak FA dan Pulau Pinang FA.

“Sesungguhnya pemergian Allahyarham satu kehilangan besar buat bola sepak Melaka.

“Kami di MUSA mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Azizan yang merupakan bekas kapten pasukan Hang Tuah sebelum ini dilaporkan menderita kanser pangkal paha sejak Ogos 2020 yang berpunca daripada kecederaan hamstring selepas bermain bola sepak dalam aksi persahabatan bersama bekas pemain skuad Melaka.

Sejak disahkan menghidap penyakit tersebut, Azizan dilaporkan telah menjalani beberapa siri pembedahan dalam usaha beliau untuk pulih.

Bagaimanapun, keadaan kesihatannya dilaporkan semakin terjejas pada tahun ini.

Untuk rekod, kali terakhir Azizan terlibat di dalam bola sepak adalah selaku jurulatih bola sepak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang beraksi di Liga M3 sebelum ini.

Beliau meninggalkan seorang balu dan lapan anak berusia antara dua hingga 15 tahun.

-Sinar Harian

Tags: Azizan BabaBekas Kapten MelakaMeningggal Dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zul Ariffin Disiasat Angkara Babak Lucah

Next Post

Sarawak Benar Solat Berjemaah Rapat Saf Mulai 1 April

Related Posts

No Content Available
Next Post

Sarawak Benar Solat Berjemaah Rapat Saf Mulai 1 April

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd