• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Dalam Longkang

oleh AK-47
28/03/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN: Bau busuk membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang di tepi Jalan Tok Ungku bersebelahan Sekolah Bukit Mewah, Rahang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 7.12 malam, saksi kejadian yang dalam perjalanan dari tempat kerja ke Pasar Malam Rahang telah terhidu bau busuk sebelum menemui mayat tersebut.

“Mangsa berpakaian baju berkolar dan vest (rompi) bertulisan security di bahagian belakang, namun mangsa didapati tidak menggunakan seluar dan berseluar dalam serta tidak berselipar atau kasut.

“Tiada sebarang dokumen diri ditemui pada mangsa dan di sekitar tempat kejadian. Bahagian Unit Pengesan Anjing (K9) cuba mengesan bahan bukti tetapi tidak menjumpai apa-apa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, hasil siasatan awal pihak Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS) tidak dapat memastikan punca kematian mangsa kerana keadaan mayat yang telah membengkak dan berkulat.

“Mangsa dianggarkan telah meninggal dunia lebih kurang empat hari. Tidak dapat dipastikan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,” katanya.

Nanda berkata, punca kematian mangsa akan diperoleh daripada pihak forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini sehingga bedah siasat selesai.

Tambah beliau, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

UtusanOnline-

Tags: bau busuklongkangpenemuan mayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bau Busuk Bawa Kepada Penemuan Mayat Warga Emas

Bau Busuk Bawa Kepada Penemuan Mayat Warga Emas

14/06/2025
0

Ampang: Bau busuk dihidu jiran daripada rumah teres dua tingkat di Jalan Pandan Indah, Pandan Indah, di sini, membawa kepada...

Hamas Bunuh 36 Tentera Zionis, Musnahkan 72 Jentera Dalam Tempoh 72 Jam

Bekas Komando Disyaki Hilang Terjatuh Longkang

15/12/2023
0

KLUANG – Warga emas yang juga bekas anggota pasukan Gerup Gerak Khas (GGK) yang dilaporkan hilang selepas menghadiri majlis Santapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd