Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

‘Amy Lawat Hendak Tunjuk...

MAKIN lama, makin panas. Itulah yang boleh kami gambarkan tentang konflik yang berlaku...

Keciciran Murid: KPM Adakan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan sesi libat urus dengan 11 negeri...

Tian Chua Bertanggungjawab Pertemuan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Jho Low Bayang-Bayang Najib

KUALA LUMPUR - Pasukan pendakwaan bagi perbicaraan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Aset Rohana Dalam, Luar Negara Dibeku

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membekukan aset di dalam dan luar negara, milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd (ASTRO), Datuk Rohana Rozhan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata wang dan hartanah itu bernilai kira-kira AS$10 juta (RM41.8 juta).

Katanya, pembekuan aset bagi membantu siasatan dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner, yang memberi keterangan di mahkamah Amerika Syarikat, dia diperas ugut wanita itu dalam pembelian sebuah rumah di London menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Azam berkata, SPRM akan meneruskan usaha untuk mengesan dan membantu mengembalikan wang negara.

“Buat masa ini saya tidak boleh kongsikan nama-nama lain yang terbabit.

“Perkara lain dalam hal ini ialah kerjasama dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk kita mendapatkan apa-apa keterangan daripada pihak di AS,” katanya di sini, hari ini.

Azam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Semalam, BH melaporkan SPRM akan membuat permohonan bagi mendapatkan maklumat daripada Jabatan Keadilan (DOJ) AS berkaitan Leissner.


Permohonan dikemuka kepada DOJ AS bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai dakwaan Leissner itu.

Rohana pula dilaporkan dipanggil dua kali oleh SPRM untuk dirakam keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Sebelum ini, perbicaraan kes 1MDB di AS bertukar sensasi selepas Leissner memberi keterangan yang dia mempunyai hubungan dengan Rohana.

Ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle mengenai hubungan berkenaan, Leissner berkata, hubungannya dengan Rohana berlanjutan sejak 2003 hingga 2013.

Ditanya pembabitan Leissner, Azam enggan mengulas lanjut kerana lelaki berkenaan masih dalam proses perbicaraan berkaitan kes itu di AS.

“Kurang enak untuk saya komen mengenai perkara itu,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori