• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Bomba Cedera Terkena Serpihan Letupan Kebakaran

oleh Mohd Arshad
07/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING : Seorang anggota bomba cedera akibat terkena serpihan letupan ketika operasi memadam kebakaran di Bazar Tsen Loong, Jalan Taming Sari di sini, awal pagi tadi.

Kejadian sekitar pukul 2 pagi itu mengakibatkan Abdul Hakim Ahmad Zaidi, 30, tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang cedera di muka itu bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kebakaran membabitkan beberapa unit kedai di bazar itu pada pukul 2.02 pagi.

Katanya, ketika operasi pemadaman, berlaku satu letupan kecil di satu unit kedai di bazar itu hingga menyebabkan serpihan letupan terkena mangsa.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan beberapa anggota sedang memecahkan pintu kedai di bahagian belakang. Mangsa yang berada di hadapan anggota lain telah terkena serpihan letupan sebelum rebah tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rafeel Hairul berkata, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa lain dengan operasi pemadaman disertai 29 anggota termasuk bantuan dari BBP Kamunting dan Batu Kurau.

“Sebanyak sembilan daripada 50 buah kedai di bazar itu terbakar dengan anggaran kemusnahan sebanyak 40 peratus. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya.

-Utusan Online

Tags: anggota bombaBombacederakebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Leher Budak Cedera Terkena Tali Di Padang

Leher Budak Cedera Terkena Tali Di Padang

30/10/2025
0

PELABUHAN KLANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di bahagian leher selepas didakwa terkena tali yang dipasang di...

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

Cederakan Rakan, Masukkan Serbuk Cili Dalam Seluar, Wanita Dipenjara 15 Tahun, Denda

23/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara 15 tahun dan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd